Friday, 5 January 2018

Tun Mahathir adalah ‘Keramat Hidup’ Yang Tak Terkalah?



Bila Mahathir membangkitkan isu Memali ada penganalisis politik kata perkara ini akan merugikan HARAPAN termasuk penulis upahan Sayuti Omar.

Maka para pengtaksud Mahathir pula membela kononnya ini tindakan bijak, bahgaiamana Mahathir boleh membesarkan semua isu yang telah berlalu 30 tahu lalu. Mereka kata Tun Mahathir adalah ‘Keramat Hidup’ yang berbisa kata-katanya, selalu betul dalam segala tindakannya, terlalu mendalam pandangannya dan jarang dari kita membaca gerak hatinya. Pengalaman panjang sebagai seorang negarawan yang  "ikhlas jiwanya" (betul ke?) tidak seharusnya diketepikan.

Kata mereka lagi sanjungan untuk Tun Mahathir tidak pernah luntur dari kebanyakkan rakyat Malaysia dan hampir diseluruh dunia khususnya dunia Islam. Adakah kita sedar dalam 22 tahun pemerintahnya berapa ramai rakyat Malaysia mendapat pekerjaan dan mampu menyara keluarga dan mengeluarkan zakat?

Mereka juga menyebut Mahathir tak pernah kalah dalam apa-apa situasi dan keadaan. Bila berlaku pertembungan maka Mahathir mesti menang. Lihat bagaimana Mahatir menghadapi Kuli. Bagaimana Mahathir menghadapi Anwar Ibrahim zaman reformasi.

Hebat kata mereka, tak terkalah.

Tapi mereka tak ada fakta bagaimana Presiden UMNO 22 tahun ini pernah kalah dengan Presiden PAS Yusof Rawa dalam PRU 1969 di Kota Setar Selatan, kawasan kelahiran Tun Mahahir sendiri, sedangkan Yusof Rawa adalah orang Pulau Pinang yang datang bertanding di situ.

Mereka hanya lihat pimpinan PAS, termasuk Abdul Hadi Awang sebagai Pak Lebai, berketayap, jubah dan serban. Mereka fikir serban dikepala pimpinan PAS menyebab otak pemimpin PAS tak hebat. Tapi jika mereka mendalami kehebatan pimpinan PAS, walaupun daif, tak cukup tenaga, tak ada bantuan, tak ada pakar, tak ada wang, tak ada kemudahan dan sentiasa ditekan serta ditindas oleh kerajaan UMNO, PAS mampu bergerak atas KEHABATAN MURABBI.


GS - Budak-budak kelahiran selepas zaman reformasi tidak merasai bagaimana kepincangan hidup di zaman Mahathir. Mereka tidak boleh membanding bagaimana semasa itu barang murah, tanah murah tapi duit tak ada nak membeli.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive