Mufti tidak wajar dipersalahkan dalam tragedi Memali yang berlaku pada 1985, kata Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan kegagalan mufti menegur 'Amanat Haji Hadi' yang dikeluarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang empat tahun sebelumnya yang menurutnya antara punca rusuhan di Kampung Memali, Kedah yang mengorbankan 14 nyawa.
Abdul Rahman (gambar) berkata 'amanat Haji Hadi' adalah kenyataan dan pesanan kepada anggota parti itu, bukannya fatwa yang dikeluarkan untuk umat Islam secara umum.
"Ia menjadi pegangan parti dan ahlinya berdasarkan prinsip taat kepada pemimpin parti, namun sebagai umat Islam mereka perlu mendasari amanat tersebut dengan rasional.
"Jadi mengapa ketika amanat itu hendak diperjuangkan sebagai pegangan parti, mufti kerajaan pula yagn harus dipersalahkan dan dituduh tidak (memikul) tanggungjawab untuk menentang dasar (parti)," katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang menegur mufti di negara ini kerana menurutnya gagal berperanan dengan baik, termasuk ketika tragedi itu berlaku.
Mahathir mendakwa sekitar berlakunya 'amanat Haji Hadi' dan tragedi Memali, mufti pada ketika itu tidak menegur Abdul Hadi sebaliknya "berdiam seribu bahasa" menyebabkan tercetusnya peristiwa hitam itu.
“Tapi tak berani siapa cakap, senyap seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan pengikutnya Ibrahim Libya, merancang kononnya menggunakan pemberontakan senjata untuk jatuhkan kerajaan. Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan oleh orang politik yang tidak ditangkis oleh mufti-mufti," katanya ketika mesyuarat agung tahunan pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Shah Alam, 30 Disember lalu.
Abdul Rahman berkata, mana-mana pihak tidak wajar menuding jari berhubung peristiwa itu memandangkan ia sudah lama berlalu dan tiada apa lagi yang dapat mengubah apa yang telah berlaku.
Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai tidak adil kepada institusi mufti dan mendakwa Mahathir sendiri tidak meminta pendapat daripada mufti berkenaan isu itu.
"Jangan disebabkan beliau sudah tersepit (lalu) mahu menyalahkan pihak lain. Dulu ada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tangkap sahaja. Pada masa itu, mufti tidak diminta pandangan.
"Jika diberi nasihat sekali pun, pihak terbabit tidak ambil peduli," katanya lagi seperti dipetik Berita Harian.
'Amanat Haji Hadi' merujuk ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di kalangan anggota PAS pada 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu, berhubung penentangan terhadap Umno yang "mengekalkan undang-undang kafir".
“Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku,” kata Hadi dalam amanat itu.

No comments:
Post a Comment