Saturday, 20 January 2018

Mahathir dipercayai melemahkan Muhyiddin dan Menguasai BERSATU bagi menyediakan Mukhriz Selepas PRU-14 nanti


Seorang bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah 'merampas' parti itu daripada presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kamarulzaman Habibur Rahman, yang menjadi anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sebelum keluar pada April lalu, berkata yang pimpinan parti pada mulanya ingin menjadikan Muhyiddin sebagai pemimpin utama parti itu.

Friday, 19 January 2018

Mahathir Diperangkap Oleh Jamal Tongkol... Ini mesti Pecah Panggung..


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan sebagai saksi ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung saman fitnah yang difailkan oleh pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab hari ini menolak permohonan Mahathir untuk mengetepikan sepina yang disampaikan kepadanya oleh Jamal.

Tak sempat nak serang Najib, Pimpinan Bersatu Di serang ahli sendiri...


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjaya membatalkan saman fitnah oleh bekas anggota parti itu, Mohd Anas Sudin.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam keputusannya berkata permohonan Mohd Anas adalah remeh dan menyakitkan hati dan tanpa tindakan yang munasabah.

Akhirnya semua pimpinan PKR tersungkur di kaki Tun Mahathir...


AMPANG: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini tidak senang dengan langkah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) hari ini berkata beliau menerima keputusan itu.

Tetapi alasan Zuraida adalah kerana beliau tidak boleh melakukan apa-apa mengenainya.
“Keputusan telah dibuat, saya tak boleh buat apapun. Saya nak buat apa? Saya nak bantah pun, nak bantah macam mana? Tak boleh buat apa-apa.

Parti Amanah (Pan) Ugut ahli yang nak boikot dan rosakkan kertas undi dengan akta seksyen 123b Kanun Keseksaan


Alhamdulillah, selepas memberi kejutan minda kepada anak-anak muda di kalangan para pengundi negara; saya mendapat banyak respon.

Pada hari ini, saya kira saya perlu rumuskan 6 perkara atau prinsip penting berikut:

Khalid Samad Bengang & Marah kerana Ezam nak bertanding di Kawasan Amanah (Pan)



Datuk Ezam Mohd Noor dilihat seolah-olah tersalah tempat untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam usahanya melawan rasuah.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Pengerusi NGO Hisbah Malaysia itu perlu melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau mengintai kerusi lain yang tidak diisi oleh calon Pakatan Harapan (HARAPAN) jika benar-benar mahu membanteras rasuah.

Thursday, 18 January 2018

PKR (HARAPAN) Nak Tiru UMNO memerintah dengan politik Ugut & Dendam


PAS Selangor tidak menolak kemungkinan untuk mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu semasa di negeri itu termasuk spekulasi peruntukan dana kepada ADUN parti itu akan dibekukan.

“Isu ini sebahagian daripada kemungkinan yang akan kita lakukan tapi kita belum boleh pastikan dan akan tengok dari sudut sejauh mana pembekuan berlaku.

Hanya rekaan untuk jatuhkan Pas


KOTA BHARU - Dakwaan berlaku pakatan bahawa BN sudah menyerahkan Kelantan kepada Pas dalam PRU14 hanya rekaan musuh yang mahu menjatuhkan Pas.

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mulut musuh-musuh parti itu akan terus menyerang Pas bertujuan menumbangkan kerajaan itu di Kelantan.

Sekadar Menjawab Pertanyaan Mahathir... Juga... Memperingati Dia... Mana tahu Dia Dah Lupa...


Selepas lebih seminggu diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertanya tentang calon perdana menteri PAS.

“Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Wednesday, 17 January 2018

Memang Mahathir Mudah Lupa... Zaman dia PM Pengangguran paling teruk... Teringat lagu Sudirman... Aku Penganggur!


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.

Menurut bekas perdana menteri itu seseorang rakyat di negara ini memasuki universiti bukan bertujuan untuk menjadi penjual nasi lemak atau pemandu.

Baru Keluar Daripada PAS Terus Hina Sultan....


Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilapor terguris dengan kenyataan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkaitan ayahandanya.
Tengku Abdullah bertitah, Mahfuz melanggar ketertiban sebagai seorang yang lebih muda tambahan pula individu yang dimaksudkan seorang raja, lapor Utusan Malaysia.

Tuesday, 16 January 2018

Bukan Mahathir Sahaja Nyanyuk... Rupanya Kadir Jasin pun sama..



SHAH ALAM - Pas berada dalam keadaan lemah dan ini mungkin menyebabkan berlaku perjanjian di antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti didakwa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, parti itu kelihatan lemah disebabkan beberapa faktor, sekali gus menyukarkan mereka untuk mempertahankan Kelantan.

Ingat Mahathir Cerdik, Rupanya Calon PAS pun dia tak tahu...


Selepas lebih seminggu diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertanya tentang calon perdana menteri PAS.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga mempersoalkan pendirian PAS sama ada menyokong beliau sebagai calon perdana menteri atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sunday, 14 January 2018

Mahfuz Tak Faham Maksud “King Maker” Makin diulas Makin Nampak Bodonya dia...


Tindakan PAS untuk menjadi 'king maker' (penentu) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal mendatangkan krisis politik baru negara, kata anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, PAS akan mengganggu proses pembentukan kerajaan selepas pilihan raya sekiranya memenangi 40 kerusi yang disasarkan ketika parti lain tidak mampu membentuk kerajaan.

Mahfuz ni Bukan Orang Cerdik, Cakapnya pun macam Orang Bodoh


Tindakan PAS menyasarkan 40 kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai petanda awal kerjasama parti itu dengan BN, kata Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Malah Mahfuz menyifatkan kenyataan terbaru presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai penipuan kepada anggota parti selepas mengatakan PAS akan menjadi kuasa penentu (king maker) dalam PRU14.