Selepas lebih seminggu diumumkan sebagai
calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
bertanya tentang calon perdana menteri PAS.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga mempersoalkan pendirian PAS sama ada menyokong beliau sebagai calon perdana menteri atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.
Menurut Dr Mahathir, persoalan ini penting kerana dengan mengetahui calon perdana menteri pilihan PAS akan dapat menggambarkan sama ada parti itu boleh menang dan sama ada calon mereka akan mendapat sokongan dalam pilihan raya umum (PRU).
“Kalau dia (PAS) bagitahu siapa calon dia, kita boleh tahu dia boleh menang kalau kita tahu siapa orang suka calon dia,” katanya.
Dr Mahathir turut mendakwa terdapat anggota Umno yang tidak setuju Najib memimpin parti itu.
“Dengar-dengar orang Umno tak senang dengan Najib, dia kata Najib ni penyangak.
“Macam mana nak jadikan penyangak sebagai perdana menteri?” katanya tanpa menyebut anggota Umno nama tertentu.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta wartawan mengulas berkenaan kerjasama sulit antara PAS-Umno.
Ahad lalu Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk Abdul Kadir Jasin melalui satu tulisan di blognya mendakwa terdapat khabar angin Najib 'menyerahkan' Kelantan kepada PAS sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya Umno-PAS.
Menurut Abdul Kadir, keputusan itu dibuat secara bersendirian dan telah menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin Umno Kelantan yang lain, termasuk Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed .
Sementara itu, dalam satu program melibatkan golongan pendidik negeri Kelantan pada 7 Januari lalu, pengetua dan guru besar diminta menyatakan sokongan kepada BN di hadapan Mustapa,
PAS mengecam penganjur program itu sebagai "pembodek Umno" dan menyelar Umno Kelantan sebagai "hilang kewarasan".

No comments:
Post a Comment