Friday, 19 January 2018

Akhirnya semua pimpinan PKR tersungkur di kaki Tun Mahathir...


AMPANG: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini tidak senang dengan langkah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) hari ini berkata beliau menerima keputusan itu.

Tetapi alasan Zuraida adalah kerana beliau tidak boleh melakukan apa-apa mengenainya.
“Keputusan telah dibuat, saya tak boleh buat apapun. Saya nak buat apa? Saya nak bantah pun, nak bantah macam mana? Tak boleh buat apa-apa.

“Itu keputusan parti, jadi saya berorganisasi, saya kena ikut keputusan,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya kawasan Parlimen Ampang yang diwakilinya.

Pada 7 Januari lalu, PH mengesahkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan 4 parti itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Susulan itu, Zuraida melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan pengumuman itu.

Beliau kini berkata tidak kisah siapa bakal mengetuai kerajaan PH.

“Kita akan terus buat kerja untuk menang. Pada saya itu matlamat yang penting pada kita, untuk menangkan pilihan raya,” katanya.


XOXO - Apabila perjuangan tidak disertai dengan nawaitul Lilllahi Taala maka kebendaan menjadi igauan dan membunuh diri dan menghina perbuatan.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment