Saturday 13 January 2018

Pengalisis parti AMANAH (PAN) sendiri mengakui masa depan politik PAN kelam


Masih saya ingat betapa Dr Mazlan Ali menyatakan rasa terkilan beliau bila saya merujukkan beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" di dalam satu komentar Facebook saya pada 4 November 2017 lalu.

Komentar ini adalah berkait dengan kenyataan Dr Mazlan di dalam portal berita The Malaysian Insight bahawa "DAP di Cheras hanya ada beberapa ratus ahli sahaja" bagi menyangkal hujah saya bahawa AMANAH yang hanya mempunyai 364 cawangan akan mengalami kesukaran untuk melawan PAS yang mempunyai 7,063 cawangan.

Berita Tak ada dalam Malaysiakini, Bekas Hakim Negara dipecat Tun Mahathir ziarah Abdul Hadi



MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, menerima kunjungan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas, di kediaman beliau di sini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Hadi berkata, Salleh merupakan individu penting dalam krisis kehakiman 1988 ketika zaman Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setelah “Makan” PKR dan AMANAH (PAN), Kini Bersatu sedang “gigit” DAP pula!


Kajian baru-baru ini oleh penganalisis Wan Saiful Wan Jan menunjukkan bahawa ketakutan mendalam terhadap DAP di kalangan orang Melayu luar bandar akan menjadi penghalang kepada parti-parti Pakatan Harapan (HARAPAN), terutamanya BERSATU.

HARAPAN sebelum ini dilihat meletakkan tugas meraih undi di kawasan majoriti Melayu kepada BERSATU, namun kebanyakan orang Melayu luar bandar yang ditemu ramah memberitahu Wan Saiful bahawa dengan tidak mengundi BN hanya akan memberi kuasa kepada DAP.

Walaupun kena buli dalam Harapan, masih nak gempur PAS, bukan gempur UMNO


KUALA LUMPUR - Amanah (PAN) bertegas akan bertanding di beberapa kerusi kubu Pas kerana mereka mewarisi kerusi tersebut.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli berkata, keputusan itu hanya akan diumumkan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, minggu depan.

Wartawan tak beretika, tokok tambah cerita, kena saman minta pembaca bayar


Malaysiakini memohon bantuan orang ramai untuk membantunya mengumpul RM350,000 selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam satu kes fitnah.

Jumlah yang dianugerahkan oleh Mahkamah Rayuan kepada syarikat Raub Australian Gold Mine (RAGM) terdiri daripada gantirugi RM200,000 dan kos perundangan RM150,000.

Friday 12 January 2018

Ada yang berkata, kerjasama Mahathir dengan HARAPAN seperti Rakun dengan Buaya dalam Gambar Ini



Seorang jurugambar sangat bertuah apabila dia dapat melihat pasangan haiwan yang pelik di hadapan matanya sendiri ketika dia mengembara bersama keluarganya di Hutan Negara Ocala, Florida.

“Kami sedang berjalan di sepanjang sungai Oaklawaha dan melihat beberapa buaya sedang memanaskan badan pada waktu pagi.” kata Richard Jones.

Tuesday 9 January 2018

Sayuti Omar (MSO) Jual Air Liur, Jual Temberang... Jadi Penulis Pelacur


Penulis selalu mengingatkan diri sendiri bahawa “Suatu hari nanti, anak-cucu-cicit saya akan membaca apa-apa yang mereka tulis dan mereka harus berbangga dengan hasil tulisan tersebut.” Etika penulisan memang menjadi salah satu perkara yang perlu ditekankan dalam setiap penulis agar kebenaran yang hakiki dapat ditonjolkan dan menutupi sifat palsu dan dusta.

Namun begitu ada penulis yang menghasilakn tulisan yang agak menyimpang daripada norma “etika penulisan" demi mengemis sesuap rezeki dalam penghujung kehidupan.


Mahathir ingin pecah “Guiness World Records” PM Tertua di dunia yang dipegang oleh Morarji Desai



DALAM catatan Guiness World Records, Morarji Desai yang mengetuai kerajaan India dari tahun 1977-1979 adalah individu paling tua ketika dilantik kali pertama sebagai Perdana Menteri. Beliau berusia 81 tahun ketika itu dan rekod dunia tersebut masih milik beliau.
Di Amerika Syarikat (AS) yang sering mendakwa kerajaan demokrasi tertua dunia pula, Donald Trump adalah yang pa­ling tua dilantik sebagai Presiden iaitu pada usia 70 tahun dan 220 hari, mengatasi rekod dipegang Ro­nald Reagan (69 tahun) kira-kira tiga dekad sebelum itu.

Tidak Mustahil Wan Azizah Dipecat Bila Mahathir Dapat Kuasa


Sejarah membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah  memecat ramai timbalannya iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, dan Datuk Seri  Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong  berkata, justeru tidak mustahil sekiranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah  Wan Ismail juga menerima nasib sama sekiranya Dr Mahathir sekali lagi diangkat  sebagai Perdana Menteri, pasca PRU14 akan datang.

Sebesar-besar Negeri Pahang, Amanah (PAN) dapat satu kerusi aje??


TEMERLOH - Parti Amanah Pahang kecewa dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan yang hanya memperuntukkan satu kerusi sahaja untuk Amanah negeri ini iaitu di Temerloh bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Syed Hamid Syed Mohamed berkata, walaupun gembira kerusi Parlimen Temerloh diberikan kepada Amanah tetapi permintaan Amanah Pahang untuk tiga kerusi di kawasan lain iaitu Jerantut, Lipis dan Paya Besar dinafikan.

Monday 8 January 2018

Jangan Tertipu Dengan Agihan Kerusi Pakatan Harapan Kerana Dap Tetap Akan Mendominasi


Berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang tertipu dengan persepsi yang cuba dibina oleh persepakatan dan persetujuan yang terhasil daripada Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam, hari ini, khususnya yang membabitkan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen antara PPBM, PKR, DAP dan AMANAH?

Berdasarkan “Muafakat Pakatan Harapan” yang ditandatangani oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, jelas dinyatakan bahawa:

Mat Sabu & Khalid Samad "JUAL" RM100 juta untuk dana PRU-14 bagi kerusi di Johor, Perak dan Selangor kepada Bersatu?


SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji sikap “murah hati” Amanah (PAN) sebagai punca Pakatan Harapan (PH) boleh mencapai kata sepakat dalam rundingan pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


“Amanah (PAN) ni nak kata baru ke tak, nak kata lama pun tak. Dulu dia menjelma dalam PRU13, dia menjelma dengan nama lain. Sekarang dia jadi nama lain.

Sunday 7 January 2018

Pakatan Harapan, tiada parti dominan, semua sama taraf kata Setiausaha PH


SHAH ALAM: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dalam gabungan pembangkang itu tidak ada parti dominan kerana semuanya sama taraf.
Katanya, PH tidak sama dengan BN yang mempunyai Umno selaku “Abang Long”.

“Dalam PH tidak ada parti dominan. Dalam PH tidak ada ‘big brother’.

Lahir daripada “Usus UMNO”(*), Membesar dengan duit rompakan rakyat, disingkir daripada umno dalam perembuatan kuasa, kini tuduh pas nak khalwat dengan umno.. stupid



Timbalan Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PAS dan Umno kini sedang berkhalwat.

Muhyiddin berkata dakwaan tersebut dibuat beliau ekoran kerjasama yang terjalin antara kedua parti itu.

Pakatan Suci kini mula retak, tunggu nak terbelah... dengar cerita Hatta Ramli “Frust Tunggeng” letak jawatan


KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli didakwa bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas partinya tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa.

Sumber dalaman Amanah Wilayah Persekutuan memberitahu Dr Hatta bertindak melepaskan jawatannya ketika rundingan akhir pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan sedang berlangsung pada Sabtu.


Kini Rasmilah Tun Mahathir mengetuai Reformasi menjatuhkan “Mahafiraun” dan “Mahazalim” dalam UMNO - Jangan Gelak


Tun Dr Mahathir Mohamad segera berdiri dan tunduk memberi tanda hormat kepada pemimpin dan perwakilan yang berkumpul di Shah Alam hari ini ketika namanya disebut sebagai pertaruhan terbaik dapat diberikan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menjadi sebak dan menitiskan air mata apabila Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pendirian rasmi mereka hari ini.

Bila Pak Lebai (PAN) mula berhujah macam golongan liberal dalam isu hudud


BUDAYA popular yang digunakan oleh pihak yang mahu menolak perlaksanaan syariat Islam di Malaysia adalah dengan menggunakan hujah Maqasid Syariat. Bagi kumpulan ini, setiap bentuk syariat mestilah bermatlamatkan mendatangkan maslahah (kebaikan) kepada manusia. Sekiranya maslahah boleh dicapai tanpa menjalankan syariat, maka tidak perlu lagi melakukan syariat tersebut.

Contohnya dalam isu syariat menutup aurat. Matlamat menutup aurat ialah mengekang hawa nafsu. Sekiranya orang tidak lagi bernafsu apabila melihat aurat, maka tidak perlu lagi menutup aurat. Maka tidak hairanlah golongan yang bercakap isu maqasid syariat ini seperti Sister in Islam, auratnya ke laut.


Episod Memburukkan Imej PAS kini masuk agenda kaum dan agama


Dua buah rumah ibadat bukan Islam di Kota Bharu, Kelantan, dibaling objek sehingga bahagian bangunan kedua-duanya mengalami kerosakan, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Dua buah rumah ibadat itu adalah Gereja Methodist dan kuil Hindu, Kuil Arulmigu Siva Subramaniyar yang terletak di Jalan Hamzah, pusat bandar Kota Bharu.

Episod Perang dalam HARAPAN telah bermula... Mari kita tonton


Parti Amanah Negara (AMANAH) menerusi sayap pemudanya memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar tidak menjadi pengkhianat kepada gabungan parti pembangkang itu.

Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata ini kerana kepimpinan parti itu harus menyatakan taat setia dan mematuhi ketetapan pemimpin tertinggi HARAPAN.

Blog Archive