Tuesday, 9 January 2018

Sebesar-besar Negeri Pahang, Amanah (PAN) dapat satu kerusi aje??


TEMERLOH - Parti Amanah Pahang kecewa dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan yang hanya memperuntukkan satu kerusi sahaja untuk Amanah negeri ini iaitu di Temerloh bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Syed Hamid Syed Mohamed berkata, walaupun gembira kerusi Parlimen Temerloh diberikan kepada Amanah tetapi permintaan Amanah Pahang untuk tiga kerusi di kawasan lain iaitu Jerantut, Lipis dan Paya Besar dinafikan.

Menurutnya, daripada sebanyak 165 kerusi Parlimen di Semenanjung hanya 27 kerusi diberikan kepada Amanah, lebih malang tidak ada satu kerusi pun untuk Wilayah Persekutuan dan juga Perlis.

"Tetapi kita akur dengan keputusan ini dan akan bekerja kuat, kami banyak toleransi dan muafakat  demi kemenangan Harapan, ini bukan soal parti sahaja...DAP pun banyak bertolak ansur mereka hanya tinggal 35 kerusi," katanya.



Syed Hamid (gambar baju oren) yang juga Adun Kuala Semantan berkata, beliau berkemungkinan besar akan bertanding di Parlimen Temerloh pada PRU14 nanti dan bersedia melepaskan kerusi Dun Kuala Semantan yang disandang selama dua penggal kepada calon baharu yang sesuai.

Katanya, beliau juga bersedia melepaskan kerusi Parlimen Temerloh kepada calon dari luar sekiranya ada yang lebih layak mewakili parti itu khususnya tokoh di peringkat pusat tetapi ia bergantung kepada keputusan pimpinan tertinggi Harapan.

Syed Hamid 65, turut melahirkan keyakinan untuk menang di kerusi Parlimen Temerloh yang akan melibatkan pertandingan tiga penjuru antara Amanah, BN dan Pas kerana semua jentera Amanah akan memberi tumpuan di kerusi itu selain disokong jentera Harapan.

Syed Hamid berkata, isu mengenai pelantikan Mahathir sebagai calon perdana menteri langsung tidak ada masalah bagi Amanah dan parti itu menyokong penuh keputusan Harapan.
Menurutnya, Amanah dan DAP tidak ada masalah dengan Mahathir yang dijadikan calon perdana menteri jika menang PRU14 nanti.

Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam 7 Januari lalu, Bersatu akan bertanding di 52 kerusi parlimen, PKR (51), DAP (35) manakala Amanah (27).


GS - Amanah (PAN) ni dah bersedia untuk bertanding semenjak 2 tahun lalu. Bersatu baru tubuh pun dapat 6 kerusi. Ini menunjukkan PAN adalah parti balaci layak jadi kuli macai aje. Ini standard yang ada parti parti pengkhianat rakan sendiri pun tahu PAN hanya angan aje lebih.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive