Seorang jurugambar sangat bertuah apabila dia dapat melihat pasangan haiwan yang pelik di hadapan matanya sendiri ketika dia mengembara bersama keluarganya di Hutan Negara Ocala, Florida.
“Kami sedang berjalan di sepanjang sungai Oaklawaha dan melihat beberapa buaya sedang memanaskan badan pada waktu pagi.” kata Richard Jones.
“Anak lelaki saya pergi ke arah pohon sawit untuk melihat daripada sudut yang berbeza dan terlihat rakun yang ketakutan.”
Menurut Richard, mungkin rakun itu tertidur dan terjatuh ke dalam air dan secara tidak sengaja berada di atas badan buaya. Jika tiada orang yang mengetahui kisah sebenar, pasti mereka menyangka rakun itu menumpang buaya untuk menyeberangi sungai.
Richard sangat bertuah kerana dia bukan sahaja dapat melihat peristiwa yang jarang berlaku seperti itu malah sempat mengambil gambar dua ekor haiwan tersebut sebelum rakun itu terjun dari buaya dan melarikan diri.
Kegembiraan Richard kerana mengalami peristiwa luar biasa tidak berakhir di situ apabila dia memutuskan untuk berkongsi gambar rakun, buaya dan sungai dengan Florida Times-Union melalui e-mail.
Adalah suatu perkara yang mustahil untuk rakun menumpang buaya kerana rakun adalah makanan buaya. Ada yang mengatakan peristiwa ini adalah seperti pakatan antara Mahathir (buaya) dan Harapan (rakun) dimana bila-bila masa sahaja buaya boleh makan rakun.
Mampukah Harapan mencapai cita-cita mereka dengan bekerjasama dengan Mahathir dalam PRU-14 nanti adalah seperti apa yang terjadi dalam gambar di atas. Tapi dalam peristiwa yang dirakam oleh Richard Jones, rakun itu terjun dalam sungai terus menyelkamatkan diri suatu tindakan yang sangat bertepatan.
No comments:
Post a Comment