Parti Amanah Negara (AMANAH) menerusi sayap
pemudanya memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN)
agar tidak menjadi pengkhianat kepada gabungan parti pembangkang itu.
Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata ini kerana kepimpinan parti itu harus menyatakan taat setia dan mematuhi ketetapan pemimpin tertinggi HARAPAN.
“Keputusan-keputusan yang kita capai dalam Majlis Presiden, cuma terdengar di hujung terowong ada di kalangan pimpinan kita yang tidak akur, yang patah dan boleh dikatakan tidak taat atau pun mematuhi setiap keputusan yang telah diputuskan.
“Sebab itu Pemuda HARAPAN nak bagi amaran kepada pimpinan, jangan kamu jadi pengkhianat kepada HARAPAN.
“Sebab kita mahu kita sebagai anggota parti akur dan laksanakan apa yang ditetapkan oleh pemimpin kita,” kata Sany dalam ucapan di Konvensyen Pemuda HARAPAN di Subang Jaya, Selangor, malam tadi.
Kata Sany yang juga timbalan Ketua Pemuda HARAPAN ketaatan setiap anggota parti sangat dituntut kerana HARAPAN perlu berdepan dengan Umno-BN.
“Jangan khianat, sebab kita nak bertaruh dengan Umno-BN. Banyak kerja yang kita kena lakukan,” kata Sany.
Selain itu, Sany menegaskan bahawa Pemuda HARAPAN menolak keras kerjasama dengan PAS.
“Di hujung terowong juga kedengaran ada pimpinan yang menyatakan yang kami akan terus berbincang dengan PAS.
“Saya nak tanya Pemuda malam ini adakah kita akan benarkan pimpinan-pimpinan ini mengadakan kerjasama dengan PAS?
“Kalau tak setuju tolong bangun,” kata Sany disambut sorakan gemuruh 400 perwakilan Pemuda HARAPAN dengan laungan hidup rakyat, tumbang BN'.

No comments:
Post a Comment