Sunday 7 January 2018

Kini Rasmilah Tun Mahathir mengetuai Reformasi menjatuhkan “Mahafiraun” dan “Mahazalim” dalam UMNO - Jangan Gelak


Tun Dr Mahathir Mohamad segera berdiri dan tunduk memberi tanda hormat kepada pemimpin dan perwakilan yang berkumpul di Shah Alam hari ini ketika namanya disebut sebagai pertaruhan terbaik dapat diberikan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menjadi sebak dan menitiskan air mata apabila Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pendirian rasmi mereka hari ini.

Sebelum ini memang nama Dr Mahathir disebut-sebut akan dicalonkan pakatan terbabit untuk menjadi perdana menteri jika berjaya menguasai Putrajaya.


Bagaimanapun khabar itu kekal menjadi cakap-cakap biasa kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah penyokong HARAPAN apabila nama bekas perdana menteri itu dipilih.


Hari ini secara rasmi Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail menjadi timbalannya.

Dr Wan Azizah dilihat sempat menenangkan Dr Siti Hasmah ketika tokoh yang disegani ramai itu menahan perasaan apabila nama suaminya diumumkan Saifuddin.

Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai, selain berselang-seli dengan laungan "Reformasi" dan "Hidup Tun!".



Menurut Saifuddin untuk mengukuhkan kepimpinan kerajaan HARAPAN dan kerjasama antara parti, proses undang-undang untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera selepas mereka mengambil alih kerajaan.

Langkah itu katanya dibuat supaya Anwar dapat segera berperanan dalam kerajaan persekutuan dan kemudian diangkat sebagai calon perdana menteri kelapan negara.

Kenyataan rasmi dibaca Saifuddin itu bertarikh 6 Januari dan ditandatangani semua pemimpin tertinggi parti komponen HARAPAN.

Pembahagian kerusi parlimen selesai


Sebelum ini pembangkang menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri jika mereka berjaya memenangi PRU akan datang.

Bagaimanapun pelbagai perkembangan yang berlaku - termasuk penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - menyaksikan isu calon perdana menteri dipolemikkan.

Pada masa sama undang-undang Malaysia menetapkan seseorang yang dipenjara setahun atau didenda lebih RM2,000 hilang kelayakan untuk terbabit dalam politik selama lima tahun.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh ekoran sabitan kes liwat ke atasnya. Beliau bakal dibebaskan pada 8 Jun ini.

Beliau mendakwa tuduhan liwat yang disabitkan ke atasnya bermotifkan politik.

Kenyataan Jabatan Penjara Malaysia hari ini menyatakan pengiraan tempoh hukuman yang perlu dijalani dan tarikh pembebasan Anwar dibuat mengikut Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Akta dan Peraturan tersebut memberikan keringanan satu per tiga daripada jumlah hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.




Sementara itu Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri mengumumkan pembahagian kerusi parlimen untuk HARAPAN sudah dimuktamadkan melalui perbincangan antara PKR, DAP, BERSATU dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pengagihan itu - untuk kerusi di Semenanjung Malaysia menyaksikan BERSATU mendapat peruntukan tertinggi dengan 52 kerusi, diikuti PKR, DAP dan AMANAH.

Untuk rekod Dr Mahathir pernah dilabel dengan pelbagai gelaran oleh penyokong Anwar semasa beliau masih menjadi perdana menteri.

Bekas anggota parlimen Kubang Pasu itu juga dikenang sebagai tokoh yang mentadbir dengan dasar yang keras menyebabkan sebahagian aktivis reformasi serta penyokong Anwar sukar menerima beliau menjadi perdana menteri sekali lagi.

Bagaimanapun Anwar yang didakwa sebelum ini menjadi mangsa percaturan politik Dr Mahathir kini dilihat bersikap terbuka dengan beliau.


GS - Semua orang tahun bahawa tertubuhnya PKR kerana nak tentang Mahafirau dan Mahazalim yang menguasai UMNO iaitu Tun Mahathir. Kalau tak berlaku kezaliman Tun mahathir maka tak ada PKR. Tapi hari ini Mahathir boleh hijack HARAPAN dan mengetuainya untuk menentang apa yang pernah dibuatnya 22 tahun lalu.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive