Sejarah membuktikan bahawa Tun Dr
Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah memecat ramai timbalannya
iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik
BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong berkata, justeru tidak mustahil
sekiranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga
menerima nasib sama sekiranya Dr Mahathir sekali lagi diangkat sebagai
Perdana Menteri, pasca PRU14 akan datang.
Jelas Eric, Dr Mahathir seperti kebiasaannya tidak mengotakan janjinya untuk berusaha mendapatkan keampunan diraja lantas Anwar akan terus dilarang menyertai politik dalam tempoh lima tahun akan datang, sehingga PRU15.
"Seperti tradisi kebiasaannya memecat semua Timbalannya, Tun M pecat Wan Azizah dan melantik Mukhriz sebagai TPM," ujarnya melihat kepada kemungkinan berlaku selepas Dr Mahathir kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri.
Ujarnya, walaupun Dr Mahathir mengotakan janjinya untuk mendapatkan keampunan diraja namun Lembaga Pengampunan tidak membenarkan Anwar bertanding, Ketua Umum PKR itu tetap tidak boleh menyertai politik dan Dr Mahathir akan terus menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sehingga berumur 98 tahun.
Dr Mahathir adalah orang yang dilabel pembangkan sebagai individu paling korup di Malaysia tetapi kini dijulang sebagai pilihan utama selaku Perdana Menteri.
- mD
No comments:
Post a Comment