Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan
Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan sebagai saksi ketua
Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung saman
fitnah yang difailkan oleh pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab hari ini menolak permohonan Mahathir untuk mengetepikan sepina yang disampaikan kepadanya oleh Jamal.
Hakim Mahkamah Tinggi itu memutuskan di dalam kamarnya bahawa Mahathir adalah saksi yang relevan berikutan komennya mengenai BERSIH 3.
"Beliau juga adalah menteri dalam negeri ketika suami Maria, Yunos Lebai Ali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1987," kata hakim itu.
Ini disahkan peguam Mahathir, Ilyani Khuszairi dan peguam Jamal, Mohd Nasser Yusof dan V Mugunthan.
Mahkamah telah menetapkan 24 Januari untuk Anwar memberi keterangan sebagai saksi Maria dan 7 hingga 9 Mac untuk pembelaan.
Maria telah memfailkan saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaannya pada September dan Oktober 2016 bahawa BERSIH diserapi oleh IS.

Mahathir memang kaki putar alam, nanti dlm Mahkamah dia akan kata "saya tak ingat". Org yg sangat tua memang selalu lupa, itu pun ada hati nak jadi PM sekali lagi.
ReplyDeleteCari yang muda, beb
ReplyDelete