Friday 5 January 2018

Salahuddin berbohong kononnya perpecahan Pakatan Rakyat (PR) dulu kerana berebut siapa nak jadi PM



PAKATAN Harapan (PH) tidak seharusnya mengulangi kesilapan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menamakan calon perdana menteri sehingga akhirnya menjadi punca perpecahan gabungan tiga parti itu, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga naib presiden PH berkata, dengan menamakan calon perdana menteri, rakyat dapat diyakinkan dengan kesatuan antara parti dalam gabungan itu.

“Pakatan Harapan jangan ulangi kesilapan besar dalam Pakatan Rakyat bila kita tiga parti pada ketika itu tidak secara konsensus menamakan seorang calon perdana menteri sebelum masuk bertanding PRU13, Anwar Ibrahim pada ketika itu.

“Kesannya yang terbesarnya ialah perpecahan dalaman PAS dan runtuhnya Pakatan Rakyat,” kata Salahuddin dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight di Petaling Jaya hari ini.

PR yang ditubuhkan pada 2008 dianggotai tiga parti PKR, PAS dan DAP. Bagaimanapun, gabungan itu berpecah pada 2015.

Tidak lama selepas itu, PAS juga mengalami perpecahan sehingga menyebabkan tertubuhnya Amanah.

Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu berkata, disebabkan itu juga, PR gagal menawan Putrajaya kerana tidak memperlihatkan satu kesatuan politik yang jelas.

“Bayangkan, tanpa menamakan calon perdana menteri pun, dengan perpecahan yang berlaku PR berjaya meraih 52 peratus undi popular.

“Saya yakin dan percaya bila kita namakan calon PM dan TPM ini adalah sesuatu yang akan menggamit sokongan dan menjadi satu lonjakan untuk PH bagi merampas Putrajaya,” kata Salahuddin yang merupakan bekas naib presiden PAS.

Hari ini PH mengadakan mesyuarat Majlis Presiden dan perkara utama yang bakal dibincangkan ialah berhubung calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Dalam pemukiman yang diadakan PH akhir tahun lalu, Dr Mahathir dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dicadangkan sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya berjaya menang PRU14.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak dapat diumumkan kerana PKR masih mahu membincangkan perkara itu pada peringkat parti, walaupun Bersatu, DAP dan Amanah menyokong tanpa bantahan.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin minggu lalu berkata PH tidak ada pilihan kecuali menamakan bakal perdana menterinya sebelum PRU14 kerana rakyat mahu tahu apa pilihan yang ditawarkan oleh gabungan pembangkang itu untuk mengubah Malaysia.

Minggu lalu, The Malaysian Insight juga melaporkan PKR meletakkan tiga syarat sebelum bersetuju Dr Mahathir dijadikan calon perdana menteri PH.


GS - Banyak maklumat ditokok tambah untuk memburukkan kepimpinan baru disalurkan kepada ahli-ahli PAN bagi memastikan mereka kekal dalam PAN dan tidak kembali semula kepada PAS. Tapi biasalah setiap pembohongan seperti bangkai akhirnya akan terdedah jua.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive