Wednesday, 3 January 2018

Masa Dulu Mahathir Kata Dia “Bodoh” Selalu Dipergunakan. Katanya Peguam Negara Guna Nama Dia Pecat Tun Salleh Abas


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berani bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan beliau tidak terbabit dalam pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1988.


Sebaliknya, bekas perdana menteri itu menuding jari ke arah peguam negara ketika itu, Tan Sri Abu Talib Othman yang menggunakan namanya untuk melindungi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-8, Sultan Iskandar Sultan Ismail atas pemecatan itu.

“Peristiwa pemecatan Tun Salleh bukan kerana saya. Malangnya untuk selamatkan nama YDPA. Peguam negara pada masa itu guna nama saya, konon saya suruh.

“Saya tidak campur tangan langsung, kemudian baru saya tahu konon dia (peguam negara) kata saya suruh. saya berani junjung Quran masuk dalam masjid dan bersumpah bahawa saya tidak suruh,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Mengulas lanjut, pengerusi Pakatan Harapan itu tidak menolak kemungkinan Salleh dipecat kerana menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran pencemaran bunyi yang berpunca daripada pengubahsuaian di kediaman persendirian Agong itu.

“Surat dihantar oleh Salleh kepada YDPA, dia buat aduan sebab rumahnya berhampiran rumah persendirian YDPA dan masa itu ada penambahbaikan di rumah Agong. Akibat bunyi bising, jadi Salleh tulis surat kepada YDPA untuk hentikan bising.

“…surat itu juga dihantar kepada semua raja. YDPA amat murka, minta saya buang Salleh, saya kata tidak boleh. Kalau nak buang, kena guna tribunal.

“YDPA kata buat tribunal, saya hanya buat apa YDPA iktirafkan, saya sendiri tak boleh buat,” katanya yang memimpin negara mulai 1981 hingga 2003.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir membuat penafian berhubung pemecatan Salleh yang seterusnya mencetuskan krisis kehakiman pada 1988. Beliau pernah membuat penjelasan sama pada Jun 2015 dan Julai 2017.

Tribunal kehakiman yang dianggotai hakim Mahkamah Tinggi dan Agung ditubuhkan bagi memecat Salleh atas alasan terbabit salah laku pada 1988.

Pada 26 Julai 2017, Dr Mahathir menafikan beliau bertanggungjawab atas krisis kehakiman pada 1988, sebaliknya menyalahkan Almarhum Sultan Iskandar melalui peguam negara ketika itu, menggunakan namanya untuk memecat Salleh kerana marah dengan aduan bunyi bising akibat pengubahsuaian di kediaman Sultan Johor itu.

Anak Sultan Iskandar, Tunku Abdul Majid Idris bagaimanapun mendakwa Dr Mahathir “menggunakan” nama Agong untuk menyingkirkan Salleh.

Pada 29 Julai 2017, Abu Talib dipetik Malaysiakini sebagai berkata, krisis kehakiman itu berpunca daripada hakim Mahkamah Tinggi dan Agung sendiri yang mencadangkan pemecatan Salleh kepada Agong.

Katanya, beliau dan Dr Mahathir tiada pilihan kecuali mematuhi arahan Agong untuk menubuhkan tribunal kehakiman itu.


GS - Mahathir berkata seolah dia ni bodoh dan tak tahu apa-apa semasa dia menjadi PM selama 22 tahun. Semua kezaliman berlaku kerana orang lain bukan dia. Tapi mempergunakan nama dia. Memali dia kata Musa Hitam. OPS Lalang dia kata IGP, Liwat Anwar pun dia berdalih lagi kini Najib kena tanggung. Habis dia ni apa. Manusia Suci??

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive