Saturday 6 January 2018

Perompak kena ROMPAK



PAN menegaskan kerusi Parlimen Shah Alam akan terus ditandingi oleh calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mendakwa semua parti dalam Pakatan Harapan dike­tuai DAP dalam mesyua­rat jawatankuasa perundingan kerusi semalam telah bersetuju mengenainya,

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad sehubu­ngan itu mencadangkan supaya Timbalan Presiden PKR, Moha­med Azmin Ali yang diura-urakan bertanding di Shah Alam supaya mempertahankan keru­si Parlimen Gombak.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata, walaupun PKR tidak lagi mempu­nyai hubungan atau kerjasama politik dengan Pas, Mohamed Azmin masih mempunyai soko­ngan daripada ahli-ahli parti itu di Gombak.

“Jadi tidak ada asas untuk mengatakan PKR akan ambil kerusi Parlimen Shah Alam pada PRU-14 dan meletakkan Moha­med Azmin sebagai calon di sini.

“Apa yang kita tahu, kerusi Parlimen Shah Alam bagi Pakatan Harapan akan ditandingi oleh calon daripada PAN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir menyatakan pihaknya tidak ada masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan di mana-mana kerusi di Selangor termasuklah menentang Mohamed Azmin.

“Kita hormati sesiapa sahaja nak bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Parlimen Shah Alam atau Gombak. Namun, adalah hak kita (Pas) juga untuk menentang calon parti lain bertanding dalam pilihan raya.

“Bagaimanapun, kita yakin dengan jentera kita. Kemena­ngan Pakatan Harapan sebelum ini pun adalah hasil daripada jentera Pas,” jelasnya.

Pandangan yang sama turut dinyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Shah Alam, Datuk Azhari Shaari apabila pihaknya telah melaksanakan persiapan yang cukup untuk merampas semua kerusi di Parlimen Shah Alam sekali gus merampas Se­langor.

“Kita tidak mahu campur urusan parti-parti lain. Namun polemik pembahagian kerusi pilihan raya membabitkan gabungan pembangkang memperlihatkan wujudnya kecelaruan di antara mereka dalam mencapai kesepakatan mengenai perkara itu,” katanya.



GS - Hukam karma biasalah orang yang buat jahat, tak lama Tuhan akan balas kejahatannya. Lihat Mahathir sekarang telah terima hukum karma menjadi pelarian politik setelah memimpin UMNO lebih daripada 22 tahun.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive