Friday 5 January 2018

Raja Petra mabuk, cakap pun tak betul, Habis Clare (SR) hari-hari minum, mabuk Mahathir percaya pula



Segala kenyataan yang dibuat penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin tidak boleh dipercayai kerana beliau seorang ‘kaki botol’ dan tidak berada di negara ini.

Demikian tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas dakwaan penulis blog itu membuat rundingan dengan pemimpin Barisan Nasional.

“Saya hairan tanya soalan berkenaan dengan Raja Petra. Dia itu mabuk, dia minum selalu, dia tak bercakap betul, dia tak tahu apa, dia duduk di London.

“Ini kerana dia dapat sogokan daripada orang tertentu, anda tekalah siapa orang itu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvensyen Ideal  hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Raja Petra di portal berita Malaysia-Today semalam wujud rundingan antara Mahathir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan semula Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke dalam BN.

GS - Bila Raja Petra mendedahkan perjanjian Tun Mahathir - Najib, Mahathir mencari alasan untuk mengelak menjawab dengan mengatakan Raja Petra kaki minum. Adakah orang kaki minum maklumat tak betul. Bagaimana dengan Claire, Sarawak Report yang tuduh PAS dapat RM90 juta terus Mahathir jaja dan sebar  kerana Mahathir ada kepentingan dengan Clare sama seperti
orang dibelakangi Raja Petra?


Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive