Sunday 31 December 2017

PAS Umum Putus Dengan Bersatu pada 21 Mac 2017 lagi... Hari ini (30 Disember 2017) bersatu umum putus hubungan dengan pas??



SHAH ALAM - Bersatu hari ini umum keputusan untuk memutuskan rundingan dengan Pas kerana parti itu kelihatan mesra Umno sejak kebelakangan ini.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindakan Pas menampakkan kepimpinan parti itu sendiri tiada prinsip dan tidak berpendirian.

"Mereka menyatakan mereka mahu bertanding  di 100 kerusi Parlimen, tetapi suka katanya jika dapat menang 40 kerusi.

"Maksudnya Pas pun tidak akan mampu tubuh kerajaan, mereka hanya mahu jadi kuasa penentu," katanya menerusi ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Bersatu, di sini, hari ini.

Malah menurut Mukhriz lagi, Bersatu yang bersama Pakatan Harapan sanggup berdepan dengan Pas dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti.

"Rundingan Bersatu dengan Pas gagal untuk mencapai kata sepakat. Pas juga menolak kita kerana kita bekerjasama dengan DAP dan Amanah," katanya lagi.



GS - Bersatu masih nak 'manipulasi PAS' terutama di Kedah kerana jika berlaku pertandingan 3 penjuru sudah pasti menguntungkan PAS. Jika bersatu bertanding, UMNO akan alami kemerosotan undi. PAS ada peluang menang. Jika PAN bertanding, ini akan memberikan sedikit risiko kepada PAS. Itu Bersatu cuba tarik pimpinan PAS termasuk Mahfuz. Agaknya Mahfuz boleh tarik ahli PAS undi bersatu?? Ini BERSATU sangat takut... tak ada lain cara tuduh PAS-UMNO nak bersatu. Ini terpias UG oleh puak PAN.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive