Friday 5 January 2018

Patutlah Mat Sabu dan Pimpinan PAN Marah Sangat PAS Putus Hubungan Politik Dengan DAP



Perlantikan Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai Ahli Lembaga Pengarah Halal Penang mengesahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyogok bantuan kewangan kepada Presiden Amanah di sebalik jawatan agensi kerajaan negeri tersebut.

“Patut la abang Mat Sabu marah sangat PAS putus dengan DAP. Elaun saja RM 15K seperti (pendedahan) Razali bekas SUA politik DAP Penang kata, ingatkan itu fitnah. Rupanya memang ada dedak di sebalik tokong.

“Sebelum ni abang Mat telah pun melepaskan jawatan sebagai penasihat Perbadanan Air Pulau Pinang ketika PAS putuskan hubungan dengan DAP di muktamar PAS tempohari, tetapi itu mungkin hanya lakonan simpati yang kononnya berperinsip.

“Bila kita dedahkan hal ini marah penyokong-penyokong PAN DAP. Terus depa ungkit fitnah PAS dapat 90 juta. Kita tanya bukti mana?? Terus puak ni pusing-pusing ke langit,”kata Tuan Mohd Shah dalam Facebook.

Kedudukan Mat Sabu dalam Ahli Lembaga Pengarah Halal Penang terkandung dalam pautan https://www.halalpenang.com/about-us/board-of-directors.

Tuan Mohd Shah menambah pelantikan ADUN PAS Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man sebagai Ahli Lembaga Pengarah Halal Penang juga bakal menjerat diri sendiri pada PRU 14 nanti.

“Harum manis DUN Permatang Pasir menunggu untuk gugur seperti (Ahli Parlimen PAS) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar), “katanya lagi.

GS - PAS selalau diserang kononnya makan dedak UMNO. Mereka tiada satu bukti dan asaspun. Tapi mereka ini, anda boleh lihat dalam GLC di Pulau Pinang dan selidik bahawa mereka (PAN) ini sudah makan dedak DAP. Itu sebab mereka sangat sayang DAP.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive