Wednesday, 3 January 2018

Dulu kata Mahathir dalang tragedi memali, tapi setelah dapat “Dedak” bersatu, kini Mahathir Insan Suci


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pernah mendakwa di Parlimen bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengarahkan serangan ke atas Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985.

Ahli Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Mahfuz pada tahun 2002 mendakwa arahan serangan keatas penduduk kampung tersebut dibuat secara terus oleh Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

“Justeru, masanya sudah tiba untuk keadilan ditegakkan,” katanya di Facebook semalam.

Mahathir sejak menyertai Pakatan Harapan diwar-warkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Kamarul berkata, menjadi harapan semua pencinta kebenaran supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja diwujudkan bagi menyiasat peristiwa serangan Memali.

Menurut beliau, rakyat mahu tahu individu yang bertanggungjawab mengorbankan banyak nyawa penduduk kampung yang tidak bersalah dalam tragedi tersebut. – MYNEWSHUB.CC


GS - Mahfuz sebelum ini berpontesi untuk menjadi pimpinan PAS yang baik, tapi malanmgnya setelah lama bersusah payah, bila dapat sedikti kesenangan dengan jawatan maka dia rasa PAS perlu kekal untuk bersama HARAPAN bagi mengekalkan kedudukannya dalam pemerintahan. Janji manis HARAPAN akhirnya dia meninggalkan perjuangan PAS kerana memang perjuanga Islam banyak duri dan kesengsaraan. Ramai orang yang berjuang gagal bila diuji dengan sedikit kesenangan.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive