Sunday 31 December 2017

Malaysiakini sedang “korek” Cerita lama PAS untuk Agenda HENTAM PAS HINGGAP PRU-14


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman digugurkan daripada jawatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) perhubungan PAS Selangor selepas hanya kira-kira tiga atau empat bulan dilantik.

Menurut Khairuddin, beliau digugurkan dari jawatan itu sejak dua bulan lepas.
Ditanya sama ada pengguguran itu disebabkan PAS Selangor membuat rombakan barisan pimpinan negeri, Khairuddin berkata hanya beliau seorang saja yang digugurkan.

“Sekarang saya ahli biasa saja, tapi benda (pengguguran jawatan) ini sudah lebih dua bulan lepas. Cuma baru-baru ini orang mula tanya (alasan pengguguran).

“Sebab kenapa saya digugurkan, itu kena tanya pimpinan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Khairuddin merupakan seorang pemimpin kanan PAS yang pernah mendapat kepercayaan sekurang-kurangnya daripada tiga pesuruhjaya PAS negeri.

Di bawah pimpinan Datuk Dr Hasan Ali, Dr Abd Rani Osman dan Datuk Iskandar A Samad, Khairuddin diberi kepercayaan sebagai setiausaha perhubungan PAS Selangor.



Jawatan itu biasanya hanya diberikan seseorang pesuruhjaya kepada individu yang diyakininya dan komited kepada parti.

Semasa Pesuruhjaya PAS Sallehen Mukhyi menyusun saf pimpinan PAS Selangor pada 9 Mei lalu, jawatan setiausaha perhubungan diisi oleh Abdul Halim Omar, manakala Khairuddin dilantik sebagai AJK biasa.

Sementara itu, Sallehen yang juga merupakan ADUN Sabak ketika dihubungi berkata pengguguran Khairuddin adalah kerana gagal beberapa kali menghadiri mesyuarat AJK Perhubungan PAS Selangor.

“Dia banyak kali tak datang mesyuarat, jadi kami gantikan dengan orang lain,” kata Sallehin.
Ketika dimaklumkan berkenaan alasan pengguguran yang diberikan Sallehin, Khairuddin sebaliknya berasa alasan itu tidak meyakinkan.

“Kalau itu sebagai alasan, saya yakin ramai patut kena pecat,” katanya.


GS - Semua cerita PAS akan dipaparkan dalam persepsi buruk demi nak hilang sokongan rakyat kepada PAS agar memberikan sedikit laluan kepada HARAPAN dalam PRU-14 nanti. Jangan hairan selepas ini cerita-cerita dalam kain PAS akan keluar misalnya Isteri Presiden PAS beleter TGHH. Kalau logiknya Saidina Omar pun kena leter. Tapi puak HARAPAN mana fikir perkara ini mereka sempit fikiran akibat baca sebelah pihak aje.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive