Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
mengesahkan mereka tetap mahu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon
perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir bekas perdana menteri itu adalah calon yang sesuai memandangkan beliau berpengalaman membawa negara keluar dari krisis.
“BERSATU bukan mahukan jawatan perdana menteri untuk glamor, BERSATU tuntut jawatan itu kerana (Dr Mahathir) dilihat paling layak dan berpengalaman untuk keluarkan Malaysia dari belenggu.
“Rakyat tentu suka manifesto HARAPAN bahkan rakyat juga mahu tahu siapa yang akan kepalai HARAPAN. Rata-rata rakyat mahukan Dr Mahathir,” kata timbalan presiden parti berkenaan.
Mukhriz berkata demikian sewaktu memberikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Tahunan pertama BERSATU di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam hari ini.
Ketika HARAPAN mengadakan pemukiman pada awal Disember lalu, tiga parti komponen gabungan itu – AMANAH, DAP dan BERSATU - bersetuju menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.
Sanggup tiga penjuru
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak dapat diumumkan kerana PKR mahu membincangkan perkara itu terlebih dahulu di peringkat parti.
Isu calon perdana menteri terus menjadi duri dalam daging kepada HARAPAN ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan dalam tempoh kurang dari 100 hari dari sekarang.
Sementara itu Mukhriz berkata bilangan jumlah kerusi yang ditandingi parti HARAPAN juga tidak seharusnya dilihat sebagai kayu ukur untuk memilih calon perdana menteri.
“Rundingan dengan HARAPAN masih berlangsung, jawatan perdana menteri itu bukannya habuan. Oleh itu jawatan berkenaan tidak perlu dikaitkan dengan (jumlah) kerusi yang kita tandingi.
"Kita hanya mahu satu calon yang disenangi dan diyakini rakyat.
“Atas sebab itulah BERSATU mampu memainkan peranan ini khususnya di Semenanjung Malaysia,” katanya.
Bekas menteri besar Kedah itu turut mendedahkan rundingan BERSATU dengan PAS gagal apabila parti terbabit berkeras mendesak supaya mereka tidak menjalinkan kerjasama dengan DAP dan AMANAH.
Disebabkan itu, kata Mukhriz BERSATU memutuskan hubungannya dengan PAS walaupun ia bermakna membuka saingan tiga penjuru dalam PRU ke-14 nanti.
"Malah kita sanggup berhadapan tiga penjuru dalam PRU nanti. Kita yakin dengan usaha gigih, kita tetap boleh menang (walaupun bersaing) tiga penjuru,” katanya.

No comments:
Post a Comment