Thursday 12 April 2018

Strategi PAN Nak Tambah Kerusi Melalui Individu Bebas Gagal


Semua orang tahu bahawa PAN ada ramai pimpinan tapi tak ada ahli bawahan yang mudah disebut sebegai jentera parti. Sehingga hari ini ahli PAN tak lebih daripada 30,000 orang seluruh Malaysia. Bilangan ini hanya 0.03% daripada ahli PAS.

Semasa rundingan PAN hantar pimpinan hebat tapi kerana mereka tak ada hujah untuk menunjukkan fakta mereka boleh menang jadi PAS hanya dapat 27 kerusi parlimen lebih sikit daripada parti baru Bersatu. PAN adalah parti tercorot dalam Harapan.

PAN tukar strategi hantar tokoh dan individu yang biasa di media untuk masuk parti lain dengan tujuan untuk mendapatkan bilangan kerusi lebih.

Strategi ini telah dihidu... Jadi PAN guna individu lain untuk membela. Tapi semuanya orang dah kenal sebagai individu PAN. Baca berita Malaysiakini di bawah.

Seorang pensyarah universiti Dr Rozaimi Ramle menzahirkan rasa kegusaran beliau selepas wujud desas-desus bekas penganalisa politik dan ekonomi Wan Saiful Wan Jan yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mungkin tidak akan menjadi calon pilihan raya akan datang ini.


"Saya tidak mengenali Wan Saiful Wan Jan secara peribadi, namun saya mengikuti rapat tulisan dan ucapan beliau menganalisa isu-isu ekonomi dan politik negara.

"Bagi saya, keputusan beliau meninggalkan NGO yang beliau pimpin sebelum ini dan memilih menjadi ahli politik kepartian sepenuh masa demi negara perlu dihargai," kata Rozaimi dalam suatu hantaran di Facebook.

Mengulas, desas-desus mengenai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu, beliau berkata penglibatan tokoh-tokoh muda dalam
proses perubahan amat penting.

"Penglibatan tokoh-tokoh muda, berwibawa dan segar tanpa ada beban (baggage) kesilapan zaman silam amat penting bagi memastikan kejayaan agenda perubahan (islah) ke arah kebaikan yang didakwa dan cuba dibuat oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).


XOXO - Bila PAN tidak menjadikan Islam sebagai dasar parti sampai bila-bila PAN tak boleh menyelesaiakan masalah mereka..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment