Sunday, 8 April 2018
PPBM Sekarang “Mampus Keras” kata Kuli
Ketuanya pula buat muka tak malu menumpang Parti yang dicemohnya suatu masa ketika dahulu, ini semua dah rasa kemaruk ingin berkuasa.
Aku lebih respek kepada akar umbi PPBM, dengan jelas mereka kata mereka ada maruah, tidak mahu mengemis dan menumpang mana2 parti yang ada.
MACHANG: Tun Dr Mahathir Mohamad diibaratkan terkena hukum karma apabila cubaannya untuk menjatuhkan UMNO berlaku pula pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata keputusan menggunakan simbol PKR dalam kalangan parti pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut menjadikan bekas Perdana Menteri itu kini berada di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, jika sebelum ini Dr Mahathir berharap menjadi ‘boss’, namun sebaliknya belaku apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pula menerima Anwar sebagai ‘boss’. “Apa saja perkara yang dilakukan Dr Mahathir dahulu, terjadi kepada beliau.
Beliau berusaha mengharamkan UMNO, tapi sekarang lihatlah apa terjadi kepada partinya. “Dr Mahathir juga seolah-olah ahli nujum apabila sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan kekal selepas tahun 2020, tapi dengan tiba-tiba PPBM pula sekarang ‘mampus keras’ (tidak bernyawa).
“Sekarang (Dr Mahathir) tiada parti dan terpaksa menumpang PKR. Impiannya mahu menjadi Perdana Menteri sementara adalah angan-angan saja,” katanya pada Majlis Himpunan Bersama Rakyat Parlimen Machang, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang, di sini, menerusi laporan BH Online, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, kekalahan UMNO di Kelantan pada 1990 sehingga jatuh ke tangan PAS adalah disebabkan rakyat negeri ini marah kepada Dr Mahathir kerana bersikap kuku besi, bukannya demokratik.
Katanya, beliau menubuhkan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan kembali UMNO lama, kerana UMNO baharu yang diwujudkan Dr Mahathir mempunyai pelbagai syarat. “Apabila berlaku pertandingan bagi pemilihan Presiden parti pada 1987, ramai rakyat Kelantan yang mengharapkan saya menang, termasuk orang UMNO sendiri, tetapi sebaliknya berlaku menyebabkan mereka marah kepada Dr Mahathir, saya tidak main duit, lawan secara jantan.
“Malah, pelbagai pula tindakan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri untuk mengongkong UMNO termasuk tidak membenarkan orang muda dan guru bertanding serta menentukan segala tindakan parti bagi memastikan beliau kekal,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2018
(185)
- ► 05/06 - 05/13 (5)
- ► 04/29 - 05/06 (13)
- ► 04/22 - 04/29 (16)
- ► 04/15 - 04/22 (2)
-
▼
04/08 - 04/15
(19)
- Pertugas PAS Ada Ambil Pil Kuda? Beranikah Husam M...
- Sekali Lagi Anwar Pertarungkan Sokongan Rakyat Unt...
- BN = HARAPAN Suka Manipulasi, Menipu Untuk Menang....
- HARAPAN Ni Nak Lawan PAS ke Nak Lawan UMNO/BN?
- Kenapa Sampai Hari Ini Mahathir Diam Buat Bodoh?? ...
- Kenapa Sampai Hari Ini Mahathir Diam?? Macai PH Ta...
- Yang ini Mahathir terlupa Mengenai PAS
- Mahfuz & Husam Guna Teknik UMNO untuk Jatuhkan PAS
- Strategi PAN Nak Tambah Kerusi Melalui Individu Be...
- Kerana Kerusi DUN untuk Bertanding Saari Sungip J...
- Mula Ada Tanda Retak.. Tak Lama Terbelah..
- Ketua Penyamun Senaraikan Kerja Tipu Daya Ketua Pe...
- RABU
- AMANAH, Parti Islam Progresif guna permain import ...
- Seorang lagi Pimpinan Lama DAP di Cantas
- Betul Pendedahan Mohd Amar Mahathir hanya mampu me...
- RM5K Untuk Makan Semeja dengan Tun Mahathir
- PPBM Sekarang “Mampus Keras” kata Kuli
- Siapa akan diPenjara Jika BN Menang Lagi?
- ► 04/01 - 04/08 (20)
- ► 03/25 - 04/01 (8)
- ► 03/18 - 03/25 (19)
- ► 03/11 - 03/18 (10)
- ► 03/04 - 03/11 (4)
- ► 02/25 - 03/04 (5)
- ► 02/18 - 02/25 (7)
- ► 02/11 - 02/18 (3)
- ► 01/28 - 02/04 (5)
- ► 01/21 - 01/28 (15)
- ► 01/14 - 01/21 (15)
- ► 01/07 - 01/14 (19)
-
►
2017
(43)
- ► 12/31 - 01/07 (32)
- ► 12/24 - 12/31 (8)
- ► 08/06 - 08/13 (2)
- ► 07/30 - 08/06 (1)
No comments:
Post a Comment