Kenapa Geng HARAPAN Bising kononnya ada UMNO ber duit kepada PAS, tapi diam membisu tentang duit Mahathir. Kami tak percaya tapi sekurang Mahathir menjawab tapi ada Mahathir berani menafikan?
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan berhubung pemilikan harta yang luar biasa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Ramesh, SPRM juga perlu menyiasat dakwaan mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh bekas perdana menteri itu di luar negara.
"Saya tidak tuduh Tun Mahathir rasuah dalam isu ini, tapi ada banyak juga portal mendakwa kekayaan luar biasa seperti di Argentina, Amerika.
Selain itu, Ramesh turut membuat aduan berhubung pemilikan aset milik Dr Mahathir, PT855 dan PT895 di Sungai Besi.
Persoalan yang dibangkitkannya ialah adakah keseluruhan aset tersebut diperoleh mengikut nilai pasaran semasa atau sebaliknya.
Justeru itu, Ramesh mendesak supaya SPRM menilai dan menyiasat sekiranya wujud penyelewengan berpandukan kepada peruntukan di dalam Akta SPRM 2009.
Ini bukan kali pertama Ramesh membangkitkan isu dakwaan kekayaan luar biasa milik bekas perdana menteri itu.
Februari lalu, beliau menghantar memorandum di di Yayasan Kepimpinan Perdana mendesak supaya Dr Mahathir memberi penjelasan mengenai dakwaan pemilikan harta luar biasa di dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment