Sunday, 8 April 2018

Siapa akan diPenjara Jika BN Menang Lagi?


BN berjanji untuk membina penjara khas untuk tahanan Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan tahanan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dalam manifestonya yang diumumkan malam tadi.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan manifesto itu di Stadium Bukit Jalil bagaimanapun tidak menyebut berkenaan penjara itu dalam ucapannya.

Najib menjelaskan bahawa masa yang lebih panjang diperlukan sekiranya ingin menyebut kesemua 364 perkara yang dimuatkan dalam 220 muka surat manifesto itu.

Berdasarkan semakan Malaysiakini, penjara itu itu dikatakan boleh menampung sehingga 1,000 tahanan.

Selain itu, ia juga dikatakan akan dilengkapi dengan sistem keselamatan elektronik.

Manifesto itu tidak memperincikan sama ada penjara itu akan menampung tahanan yang disabitkan bersalah atau juga tahanan tanpa bicara.

Akta Poca dan Pota boleh dikenakan ke atas seseorang tanpa perlu melalui proses perbicaraan mahkamah.

Pota diperkenalkan pada 2015 sementara Poca dikemaskini pada 2014 bagi membantu penguatkuasaan setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Kecemasan dimansuhkan.

Sebelum ini, individu yang ditahan di bawah ISA yang terdiri daripada tahanan politik, pengganas, dan tahanan lain dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan dihantar ke pusat tahanan Kamunting.

Sementara bagi mereka yang ditahan di bawah Ordinan Kecemasan yang selalunya terdiri daripada individu yang terlibat dengan aktiviti kongsi gelap dihantar ke pusat tahanan di Simpang Renggam.

Kedua-dua pusat tahanan itu kini sudah ditutup ekoran pemansuhan kedua-dua akta berkenaan.




XOXO - Penjara khas ni sesuai tak untuk mereka berumur 90 ke atas?...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment