Tuesday 10 April 2018

AMANAH, Parti Islam Progresif guna permain import untuk Dun jasin Ketepikan Ustaz calon tempatan


PETALING JAYA: Sumber Amanah mendedahkan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan yang dipecat parti itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan bertanding di kerusi Parlimen Jasin pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


“Beliau ialah calon paling sesuai untuk mencabar BN di kubu kuat mereka,” kata sumber itu.


Jasin ialah satu daripada 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada Amanah di Semenanjung oleh Pakatan Harapan.

Kerusi yang pernah diwakili bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba, terdiri daripada 72% pengundi Melayu, 18% Cina dan 10% India.

Pada PRU 2013, wakil BN, Datuk Ahmad Hamzah mengalahkan Rahmat Yusof dari PKR dengan kelebihan 11,763 undi.

Khairuddin pernah ditahan di bawah undang-undang keselamatan pada 2015 atas dakwaan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Tahun lalu, Mahkamah Sesyen membebaskan Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang kerana pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bukti mengaitkan mereka kepada tuduhan itu.

Kedua-duanya dituduh bersama di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara, 1MDB.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-duanya berada di pejabat ketua polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan di Paris, Balai Polis Charing Cross di London, Jabatan Peguam Negara Switzerland di Berne, Balai Polis Wai Chan di Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantonment di Singapura.

Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan rayuan Khairuddin dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kerugian kewangan dialami 1MDB.

Mahkamah lebih tinggi memutuskan Najib kebal daripada tuntutan undang-undang atas dakwaan misfeasans dalam jawatan awam kerana beliau bukan penjawat awam.

Khairuddin ada skandal tanah Ijok tetapi AMANAH (PAN) sanggup pergunakan Khairuddin yang bukan ahli parti AMANAH dan menepikan calon pilihan ahli-ahli PAN Ustaz yang bergiat aktif dengan Pertubuhan IKRAM.

Mana sikap Islam pimpinan atasan? Kenapa pimpinan atasan membuat keputusan tanpa merujuk kepada AMANAH Jasin? Itu persoalan yang timbul.

Apa pun kita lihat dan tunggu pergolakan seterunya yang mana akan memberikan kesedaran kepada ahli-ahli AMANAH untuk balik semula kepada parti asalnya PAS.



XOXO - Pimpinan AMANAH (PAN) sanggup jual agama demi nak Putrajaya. Mereka fikir Putrajaya segala-galanya sehingga hilang pertimbangan Islam dalam membuat keputusan...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment