Saturday 14 April 2018

HARAPAN Ni Nak Lawan PAS ke Nak Lawan UMNO/BN?


Dalam kajian INVOKE terkini yang dibentangkan dalam mesyuarat HARAPAN yang terbaru bahawa ada kemungkinan PAS boleh mencapai 40 kerusi parlimen. Dalam perbantangan tersebut 6 kemungkinan diberikan bahawa PAS boleh mencapai sasarannya 40 kerusi atau lebih.

Atas kerisauan ini maka ada cadangan untuk "membunuh" tokoh PAS yang akan ke parlimen dengan style DAP strategi “Raja Lawan Raja” bagi menyampaikan mesej “perang terakhir” kepada pengundi dalam menghadapi PRU 14.

Dalam pembentangan tersebut jika Pimpinan PAS tidak di "bunuh" dan PAS boleh mencapai target 40 malah mungkin lebih, HARAPAN akan menjadi masalah selepas PRU-14 dan masa depan parti PKR dan AMANAH akan malap.

Malaysiakini menyiarkan bagaimana kerisauan HARAPAN, anda boleh baca di bawah dan berfikir diluar kotak bagaimana HARAPAN sebenar bukan takut kepada UMNO/BN tapi kepada PAS dan Gagagan Sejahtera yang ingin menjulang ISLAM sebagai ADDIN.


Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Saifuddin Abdullah dinamakan sebagai calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  9 Mei ini.

Pengumuman itu dilakukan oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang juga bekas anggota Parlimen kawasan itu dalam satu majlis Jamuan Makan Malam PRU14, di Kuantan malam tadi.

Ia sekali gus menyaksikan sejarah kembali berulang apabila Saifuddin akan menentang Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang telah dinamakan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kawasan itu.


Pada PRU13 lalu, Saifuddin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu tewas kepada Nasrudin di Parlimen Temerloh dengan majoriti 1,070 undi..


Turut hadir di majlis itu Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim.


Dalam pada itu, Fauzi pula akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing, manakala Anggota Parlimen Kuantan selama dua penggal, Fuziah Salleh akan mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga.


Selain itu, PKR turut mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding di kerusi DUN Semambu dan Teruntum iaitu penyandang kawasan berkenaan Lee Chean Chung dan Sim Chon Siang.


Di DUN Panching pula, PKR meletakkan Kamarzaman Mohamed Yunus dan Fakhrul Anuar Zulkawi sebagai calon di DUN Inderapura.


Di majlis itu, HARAPAN turut menamakan calon daripada BERSATU, Mohd Yazid Mohd Yunus untuk bertanding di Parlimen Paya Besar yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).




XOXO - Malang ahli PAS yang keluar parti bersama AMANAH (PAN) yang termakan fitnah akhir mereka terpaksa menjadi manusia bodoh dan keliru...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment