Tuesday 10 April 2018

Seorang lagi Pimpinan Lama DAP di Cantas


Penyandang Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon pada PRU 14.

Dalam pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Petaling Jaya malam ini, kerusi yang dikosongkan Seng Giaw itu diisi oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Manakala kerusi Parlimen Segambut pula diisi oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Bagaimanapun, Guan Eng masih mengekalkan tiga penyokong utamanya bertanding di kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mereka ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Teresa Kok (Seputeh).

Seng Giaw yang sering dilihat berbeza pendapat dengan Guan Eng pada minggu lalu berkata beliau masih berminat mempertahan kerusinya di Parlimen Kepong pada PRU14 nanti.

Beliau yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke 76 bulan depan menegaskan beliau masih kuat dan berupaya untuk membantu rakyat.


XOXO - Masa untuk DAP akan menjadi parti Semangat 46...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

1 comment:

  1. Tuan, dia nak cantas ke, atau buang ke, biarlah. Itu hal dan hak dia. Elok tuan cerita tentang pas. Cerita tentang sejarah, kehebatan, perancangan dan idea pas tentang pemerintahan, contoh2 yang telah pas lakukan di terengganu dan kelantan daripada tuan dok asyik cerita tentang orang lain

    ReplyDelete