Hadir untuk merasmikan majlis pecah tanah dua surau di Putrajaya hari ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menuduh petugas PAS mengambil pil kuda semasa menghadapi PRU ke-13 lima tahun lalu.
Katanya kejadian itu diketahuinya ketika dia berdepan cabaran Husam Musa - ketika itu naib presiden PAS - bagi merebut kerusi parlimen Putrajaya.
Menasihati orang ramai di Putrajaya supaya tidak terjerumus ke "kancah" yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab Tengku Adnan berkata dia hairan melihat petugas PAS mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari.
"Yang budak Pemuda Umno (petugas Umno) ni lembik, longlai.
"Akhirnya bila kita check (selidik) rupanya dia sumbat kawan ni dgn pil kuda. Ini parti Islam..." katanya.
Tengku Adnan berkata dia hairan melihat petugas PAS mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari. Yang budak Pemuda Umno (petugas Umno) ni lembik, longlai.
Dia tak tahu bagaimana jiwa mereka yang telah menyerah diri untuk Allah dan Islam akan ada satu semangat yang kuat tanpa perlu apa-apa bayaran. Macam aku menulis untuk ini sanggup berjaga malam dan siang hari pula pergi kerja untuk makan anak bini, tak cukup tidur.
UMNO yang beli jiwa anak muda dengan duit dan wang. Mana ada semangat.
Satu lagi kenyataan Ku Nan boleh dikenakan di atas Akta Anti-Berita Tak Benar 2018 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 tahun dan denda RM500,000 jika sabit kesalahan.
Yang bertanding di Putrajaya semasa itu ialah Husam Musa. Yang berkerja adalah budak-budak PAS Husam Musa kendalikan dengan anaknya.
Tengku Nan boleh didakwa melainkan Tengku Nan malu nak nyatakan secara terus terang bahawa yang makan pil kuda itu anak Husam Musa.
Berani Husam Musa saman Ku Nan, atau memang Ku Nan ada bukti yang dimaksudkan itu adalah anak Husam Musa menjual dan makan pil kuda bersama pekerja PAS yang kini dah jadi perkeja parti AMANAH.
No comments:
Post a Comment