Sunday, 8 April 2018

RM5K Untuk Makan Semeja dengan Tun Mahathir


Mata hadirin bertumpu kepada Ummi Hafilda Ali yang kelihatan duduk bersebelahan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis kutipan dana anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

Ummi Hafilda ialah adik kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan musuh politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditemui wartawan kemudian, Ummi memaklumkan beliau sentiasa menyokong Mahathir.

"Saya rasa harus setia dengan Tun (Dr Mahathir). Malahan, hari ini bagi saya Tun is the Greatest leader, greatest PM ever," katanya.

Meskipun Ummi (gambar) mengakui kelemahan Mahathir semasa menjadi perdana menteri namun beliau mengatakan, "satu dunia tahu salah laku (PM kerajaan sementara) Najib."

"Saya menawarkan kepada Tun saya akan jelajah satu Malaysia bersama Tun untuk memperbetulkan persepsi negatif kepada Tun.

"Ini bukan pasal Tun, ini pasal negara. Apa Najib cakap perbodohkan, kita perlu perbetulkan.

"Tapi hari ini saya berjanji, bersumpah. Walaupun sekali Umno sembah saya untuk jadi penceramah Umno, sorry (saya tolak).

Beliau menegaskan kehadirannya pada majlis hari ini bukan kerana wang tetapi bagi membuat sumbangan untuk majlis kutipan dana tersebut.

"Sebenarnya, pada hari ini saya menyumbangkan beberapa ribu ringgit dalam majlis ini.

"Jangan mulut-mulut hamlau kat luar kata saya harap dedak. Hari ni meja dengan Tun saya bayar RM5,000.

"Saya tak perlukan dedak, in fact saya akan contribute rezeki bisnes untuk perjuangan Dr Mahathir kerana saya tahu dia berpaksikan kebenaran," katanya.




XOXO - Dulu dapat dedak, sekarang masa untuk membalas. Jika Mahathir dapat jadi PM, anak beranak Mahathir selamat, kamu yang bersama akan dapat sedikit habuannya..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment