Monday, 19 March 2018

Orang Tua ini Lagi Hebat... Mahathir patut malu!


Dipersenda kerana dipertaruhkan sebagai calon perdana menteri ketujuh Malaysia ketika usianya bakal mencecah 93 tahun tidak lama lagi, hari ini Tun Dr Mahathir mempamerkan kemampuannya memandu dalam cuaca buruk.


Satu klip video pendek dimuat naik di media sosial petang itu menunjukkan pengerusi Pakatan Harapan itu memandu semasa hujan lebat dan petir.


Berdasarkan video itu Dr Mahathir dipercayai memandu sebuah kereta Porsche.

Ia dimuat naik bekas wartawan kanan dan penulis blog Firdaus Abdullah.

"Hujan atau ribut, perjalanan menebus maruah tanah air mesti diteruskan dengan cekal dan tabah.

"Jangan mudah menyerah kalah dengan pelbagai cabaran yang kunjung tiba.

"Perjuangan kita mesti diteruskan. Hanya kita yang boleh menyelamatkan Malaysia kita," kata keterangan yang mengiringi klip video seminit itu.

Dr Mahathir kemudian mengulang siar ciapan berkenaan.


XOXO - Kalau setakat pandu kereta Porsche dalam ribut aku rasa Pak Cik Tua Nelayan di atas lebih hebat lagi untuk memimpin HARAPAN..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive