Monday 19 March 2018

Malaysia Sejahtera: Tema Manifesto PAS-Gagasan Sejahtera



a) Pada hari ini, Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang dianggotai oleh PAS, IKATAN dan BERJASA, serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh (NGIs) mengumumkan, Manifesto GAGASAN yang bertemakan ‘MALAYSIA SEJAHTERA’ akan dilancarkan pada Ahad, 18 Mac 2018.

Pelancaran manifesto tersebut akan dilakukan dalam satu Majlis Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh Pengerusi GAGASAN, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.





b) Berikut adalah senarai sembilan teras penting yang menjadi dasar umum Manifesto GAGASAN yang bakal dilancar nanti:

1. Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas daripada korupsi

2. Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat

3. Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup

4. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar

5. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang

6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah

7. Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri

8. Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi

9. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan

Fb Syed Ahmad Fadhli



XOXO - PAS terus kepada fokus penyelesaian masalah...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive