Sunday 18 March 2018

AMANAH Putih Mata, Memang betul sekadar parti ‘balaci’ sahaja


Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam untuk berdepan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.


Sambil menjulang tangan Liew, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu di pusat pilihan raya Pakatan Harapan Ayer Hitam sempena sambutan ulang tahun ke-52 DAP.

Ayer Hitam merupakan kubu kuat MCA di Johor dan DAP dilaporkan menganggapnya sebagai kunci kemaraan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pada PRU 2013, Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan calon PAS Hu Pang Chaw dengan majoriti 7,310 undi.

DAP mengambil jalan yang cerdik mengistiharkan awal siapa calon Ayer Hitam bagi menyekat desakan Timblan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bagi kerusi berkenaan.




15 Januari 2018 lalu, Pihak Amanah berkata, parti Amanah akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam dan menjadikan parti berkenaan bakal mewakili tiga kerusi Parlimen di negeri Johor.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, persefahaman telah dicapai sejak dari peringkat awal lagi dan penjelasan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebelum ini telah merungkai kekeliruan atau salah faham berkenaan.

“Tidak timbul sebarang masalah, penjelasan telah dibuat oleh Pengerusi DAP (Liew Chin Tong) yang dia tak ada masalah sekiranya di akhir nanti, calon yang bertanding di Parlimen Ayer Hitam calon
Amanah dan menggunakan lambang Amanah.

“Itu persefahaman yang sejak awal lagi dah dicapai...dan penerangan itu sudah memberikan gambaran yang jelas kekeliruan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian sempena Majlis Minum Petang bersamanya, di Restoren Dapur Anjung Moncheh, di sini, petang tadi.

Yang jelas AMANAH sekadar'balaci' atau tukang pasang bendera bagi DAP di Ayer Hitam.


XOXO - Parti AMANAH sebenarnya parti yang tak ada maruah selalu ditindas dalam setiap kali mesyuarat PH, itu nasib apabila menjual agama kononnya nak keuntungan dalam menerajui Putra Jaya....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive