Sunday, 18 March 2018
Adakah Rais Yatim Akan Jilat Ludah juga macam Mahathir?
Ada cerita kononnya Tan Sri Rais Yatim akan meyertai parti bersatu. Sebaran ini kuat dikalangan pimpinan Bersatu. Tak tahu sama ada ini psywar untuk menarik sokongan kepada Bersatu atau tidak. Dr Kamarul Yusoff ada membuat komen perkara ini.
Melihat kepada beberapa kenyataan yang pernah dibuat oleh Tan Sri Rais Yatim dua tahun kebelakangan ini yang agak kritikal terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM, adalah agak tidak mungkin untuk beliau menyertai PPBM yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir selaku Pengerusinya.
Pada 5 Mac 2016 umpamanya, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata tindakan Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri adalah lebih teruk daripada tindakan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, cuma beliau “tak nak buka rekod itu kerana tak nak aibkan (Tun Dr Mahathir)”.
Pada 28 Mac 2016 pula, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata perjuangan Tun Dr Mahathir kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya perjuangan peribadi yang “ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada (pemecatan) Datuk Seri Mukhriz di Kedah”.
Pada 27 Februari 2017, Tan Sri Rais direkodkan sebagai membidas Tun Dr Mahathir kerana kini bersekongkol dengan DAP sedangkan waktu S46 dan DAP berpakat dahulu Tun Dr Mahathir yang meminta beliau “jangan bersekongkol dengan DAP kerana (Lim) Kit Siang anti-Melayu dan Islam”.
Pada 6 Februari 2018, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata beliau “tak fikir DAP kuat tapi kalau ditolong oleh orang Melayu, berkemungkinan besar politik Melayu akan hancur” dan “kalau Dr Mahathir di pihak sana (Pakatan Harapan) bawa fikiran DAP, Melayu akan jahanam”.
Tambah Tan Sri Rais, PPBM “tidak ada peta Melayu”, “peta PPBM adalah sosialis, tidak nampak menjuarakan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, hanya diutamakan perjuangan nak jatuhkan Datuk Seri Najib” dan “PPBM ini tak pernah jawab pun soalan ke mana Melayu nak dibawa mereka”.
Apa pun, politik adalah seni yang memungkinkan segala-galanya. Kita telah saksikan sendiri berapa ramai tokoh politik Malaysia yang telah menjilat balik kata-kata sendiri sebelum ini untuk mencapai matlamat dan kepentingan mereka. Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2018
(185)
- ► 05/06 - 05/13 (5)
- ► 04/29 - 05/06 (13)
- ► 04/22 - 04/29 (16)
- ► 04/15 - 04/22 (2)
- ► 04/08 - 04/15 (19)
- ► 04/01 - 04/08 (20)
- ► 03/25 - 04/01 (8)
-
▼
03/18 - 03/25
(19)
- PAN Hampir Mereput, Ulamanya Kembali Kepada PAS
- Doa Laknat: Puak PKR lupa, Bila Kena Atas Kepala S...
- Kenapa Peribahasa Melayu banyak menggunakan binatang?
- Bukan Hudud Sahaja Tak Ada Dalam Manifesto GAGASAN...
- 33 pemimpin PPBM Kota Bharu sertai PAS
- Parti Generasi Baru (NewGen) Menyerati Gagasan Sej...
- Masa Ada Hudud Engkau Tentang, Bila tak ada, engka...
- Malaysia Sejahtera: Tema Manifesto PAS-Gagasan Sej...
- Muhyiddin Sedang Iklan Arak kata Lim Guan Eng
- Orang Tua ini Lagi Hebat... Mahathir patut malu!
- Kenapa tak letak Calon MB Kelantan daripada DAP? D...
- Adakah Rais Yatim Akan Jilat Ludah juga macam Maha...
- Ini teks penuh doa Ustaz Ahmad Dusuki yang di’spin...
- Malaysiakini adalah Penyebar BERITA FITNAH & Anti-...
- AMANAH Putih Mata, Memang betul sekadar parti ‘bal...
- Patutlah PKR boleh berbaik semula dengan Mahathir,...
- Azmin dah “tak Sihat” ke? Apa PASbuat semua tak betul
- Apa Sebenarnya Permainan DAP dan MCA?
- Atas Nasihat Bapa Angkat Azmin Buli PAS dengan Kej...
- ► 03/11 - 03/18 (10)
- ► 03/04 - 03/11 (4)
- ► 02/25 - 03/04 (5)
- ► 02/18 - 02/25 (7)
- ► 02/11 - 02/18 (3)
- ► 01/28 - 02/04 (5)
- ► 01/21 - 01/28 (15)
- ► 01/14 - 01/21 (15)
- ► 01/07 - 01/14 (19)
-
►
2017
(43)
- ► 12/31 - 01/07 (32)
- ► 12/24 - 12/31 (8)
- ► 08/06 - 08/13 (2)
- ► 07/30 - 08/06 (1)
No comments:
Post a Comment