Tuesday, 20 March 2018

33 pemimpin PPBM Kota Bharu sertai PAS


KOTA BHARU: Krisis melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini menular ke Kelantan apabila Naib Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min bersama 33 pimpinan utama parti itu dari bahagian sama menyertai PAS beramai-ramai.


Mereka juga mengisytiharkan hilang keyakinan kepada PPBM di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, juga hilang kepercayaan terhadap Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman di mana kini mengetuai PPBM Kelantan.

Katanya, beliau bersama enam ahli jawatankuasa termasuk Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu, Noormala Abdul Kadir, Setiausaha Srikandi Bahagian, Hamidah Yaacub bertindak keluar parti.

“Lebih puluhan ahli yang lain turut sama menyatakan ketidakyakinan kepada PPBM Kota Bharu. Ada 12 Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang turut sama bersama-sama saya.

"Kami cukup kecewa dengan sikap Tun yang kelihatan terlalu mengutamakan parti chauvinis DAP,” katanya pada sidang media selepas menyerahkam borang menyertai PAS kepada Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan, di sini petang ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Dato' Che Abdullah Mat Nawi dan Timbalan YDP Kota Bharu, Dato’ Dr Ramli Mamat.







Berikut adalah transkrip penuh oleh Tuan Mohd Nor Hashim Che Min, yang mengetuai sidang media petang ini. ..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih kepada rakan rakan wartawan yang hadir pada hari ini.

Saya, Mohd Nor Hashim bin Che Min, Naib Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu beserta dengan 33 pimpinan utama dan ahli PPBM Kota Bharu hari ini ingin mengisytiharkan, bahawa kami telah hilang keyakinan kepada PPBM yang dipimpin oleh Tun Mahathir dan juga, khasnya di Kota Bharu yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman, sebagai Ketua Bahagian, juga merupakan Naib Presiden PPBM.

Bersama sama saya pada petang ini adalah Ketua Armada Bahagian Kota Bharu, Sdr Nik Mohd Adhwa Nik Haris beserta 6 orang AJK nya, Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu, Puan Hajjah Noormala binti Abdul Kadir beserta 5 orang AJK termasuk Setiausaha Srikandi Bahagian iaitu Puan Hamidah bt Yaacub. Dan, lebih puluhan ahli yang lain telah turut sama menyatakan ketidakyakinan mereka kepada PPBM Kota Bharu pada petang ini.

Untuk makluman teman teman juga, pada petang ini, ada 12 ketua ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang turut sama bersama sama dengan saya.

Tuan tuan, kami cukup kecewa dengan sikap Tun M yang kelihatan terlalu mengutamakan parti chauvinis DAP dalam setiap tindakan dan keputusan. Hingga akhirnya kepentingan orang Melayu dibawah perjuangan PPBM sudah tidak lagi kelihatan menjadi keutamaan.

Manakala di Kelantan sendiri, kami amat kecewa dengan parti parti komponen dalam PH yang kelihatan amat sibuk berebut kerusi dan hanya memusatkan segala perhatian untuk bertanding di kerusi itu dan ini berbanding berkhidmat untuk rakyat. Walaupun mereka secara asasnya tidak memiliki kekuatan pun di peringkat akar umbi dan dalam struktur masyarakat, tetapi nafsu besar mereka kelihatan mahu bertanding di semua kerusi. Parti Amanah sebagai contohnya kelihatan ingin membolot segala kerusi yang ada di Kelantan walaupun kekuatan mereka entah ke mana pun. Lagipula kami semua sudah muak dan jelek dengan politik adu domba serta fitnah yang tidak berpenghujung yang dimainkan oleh mereka.

Justeru, dengan pengisytiharan bahawa kami sudah lagi tidak percaya dengan PPBM Kota Bharu ini, kami pada petang ini, secara sukarela, dan dengan bangganya mengumumkan bahawa kami Keluar daripada PPBM Serta Merta dan dengan rendah hati ingin memohon untuk menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti Islam Semalaysia, PAS pada hari ini.

PAS sebagai parti Melayu tertua di negara ini yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, menjadi destinasi akhir kepada perjuangan kami, Insyaalah.

Saya juga menjangkakan ratusan ahli PPBM Kota Bharu yang lainnya bakal menyertai kami dalam masa terdekat. Insyaallah.

Sekian


XOXO - Mula komen di sini...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive