Thursday 5 April 2018

Team Mat Sabu Singkir Dr. Siti Mariah di Kota Raja



PETALING JAYA: Ahli politik veteran, Mohamad Sabu mungkin membuat penampilan sulung sebagai calon Lembah Klang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam cubaan presiden Amanah (PAN) itu kembali ke Parlimen lebih sedekad lalu.

Sumber dalam Amanah, parti yang beliau bantu tubuhkan pada 2015, berkata Mat Sabu mungkin bertanding di Kota Raja, Selangor, kerusi yang dimenangi PAS melalui calonnya pada PRU13, Siti Mariah Mahmud.

Kali terakhir Mat Sabu dipilih sebagai ahli Parlimen ialah 1999, apabila beliau memenangi kerusi Kuala Kedah pada PRU yang menyaksikan prestasi pilihan raya terbaik PAS dan Umno kehilangan sokongan Melayu, susulan pemecatan dramatik Datuk Seri Anwar Ibrahim setahun sebelum itu.

Beliau kehilangan kerusi itu kepada Barisan Nasional pada 2004, dan gagal kembali ke Parlimen pada 2008.

Beberapa bulan kemudian, Mat Sabu kalah dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, yang dilihat sebagai cubaan PAS untuk memperkukuhkan kedudukan parti itu di Parlimen.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu turut tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang pada 2013.

Beliau membuat penampilan sulung dengan bertanding menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1982 dan Anwar di Permatang Pauh pada PRU berikutnya.

Pada 1990, beliau mengalahkan orang kuat Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Nilam Puri. Beliau meneruskan kemenangan pada PRU 1995 dan 1999.

Siti Mariah ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan Mat Sabu bertanding di Kota Raja.

Katanya, beliau sedia bertanding di mana sahaja seperti yang diputuskan parti.

Beliau pertama kali memenangi kerusi Kota Raja pada 2008 dengan memperoleh banyak undi India, dengan orang Melayu kurang separuh daripada jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu.

Sentimen pro-pembangkang dalam masyarakat India, beberapa bulan selepas perhimpunan Hindraf pada 2007, dikatakan memainkan peranan besar dalam kemenangan PAS di Kota Raja pada 2008.


XOXO - Calon PAN ramai kerusi dapat hanya 27 sahaja. Ada beberapa orang terpaksa masuk Bersatu seperti Maslee. Kita lihat perebutan kerusi melibat perebutan puak dalam PAN. Ikram mastermind semua ini....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive