Friday 6 April 2018

Penggunaan Logo PKR, Parahkan Lagi DAP Melaka


Walaupun Melaka juga merupakan negeri ini juga di mana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memulakan kerjaya politik masing-masing tetapi negeri itu sekarang menghadapi masalah kerana ramai pimpinan DAP berpaling tadah atas sikap diktator 2 anak beranak berkenaan.

Satu langkah mengejutkan sebelum ini apabila ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang Chin Choong Seong mengumumkan peletakan jawatan mereka dari DAP. Mereka turut disertai Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him. Semua mereka adalah veteran parti.


Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mengakui bahawa peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP itu menyebabkan sebilangan pengundi kecewa dan membuatkan keyakinan kepada parti DAP menurun.

Khoo, yang juga adalah ADUN Ayer Keroh, berkata DAP Melaka terpaksa membahagikan tugas untuk menjalankan tugas 3 wakil adun + 1 MPnya dan ini membebankan dan kepercayaan rakyat sangat terjejas. Apatah lagi apabila PAS menggunakan DHPP telah masuk ke kawasan  ini bagi menarik pengundi bukan Islam menmgundi PAS.

Kedudukan PAS di Melaka sebelum ini tiada kerusi dan kemudian PAS dapat menguasai DUN Bukit Baru.

Krisis DAP Melaka buka krisis yang baru, Ini adakah krisis yang lama. Perletakan jawatan berkenaan susulan selepas lebih sedekad persaingan dalam parti.

Goh dan sekutunya digulingkan daripada kepimpinan pada pemilihan DAP Melaka 2015. Sebelum ini, kira-kira 10 tahun lalu, kumpulannya menggulingkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dari kepimpinan negeri.

Kumpulan itu menyalahkan Guan Eng atas kekalahan Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock di Kota Melaka pada pilihan raya umum 2004.

Walaupun kerjaya politik Guan Eng selamat dan beliau terus diangkat ke kepimpinan pusat namun dendam kedua-dua pihak berterusan.

DAP Melaka di bawah kepimpinan Goh menjadi semakin tidak toleran terhadap apa yang mereka anggap sebagai gangguan dari kepimpinan pusat.

Malah, Sim yang dicalonkan di kerusi Parlimen Kota Melaka pada pilihan raya 2013 juga mahu bertanding sebagai calon bebas di kerusi negeri Kota Laksamana selepas menuduh kepimpinan pusat campur tangan.

Sekutu Goh juga menuduh pemimpin pusat meletakan calon pilihan mereka apabila mereka digulingkan dalam pemilihan parti tahun 2015.

Semua ini memuncak pada bulan Februari 2017 apabila empat wakil rakyat itu akhirnya meletak jawatan dari DAP.

PRU-14 Nasib Gelap Untuk DAP Melaka

1. DAP juga tidak puas hati dengan kedudukan DAP dalam HARAPAN Melaka yang diterajui oleh Adly ZahariAMANAH dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR). Shamsul Iskandar Mohd Akinpula dikatakan tidak menumpu kepada kepentingan HARAPAN di Melaka.

2. Ramai dikalangan ahli DAP Melaka tidak bersetuju dengan keputusan pengagihan kerusi HARAPAN terutama untuk DAP apabila kerusi tradisi DAP terpaksa dikorbankan kepada parti lain. Ini memborakkan lagi luka lama DAP Melaka yang bersifat anti DAP pusat.

3. Penggunaan Logo PKR mendapat tentang hampir 100% daripada DAP Melaka sehingga wujud khabar agin untuk memboikot PRU-14 nanti.


Adakah rakyat akan memlih PAS, jika PAS memberikan peluang kepada DHPP menguji nasib dalam PRU-14 nanti, sama-sama kita tunggu dan lihat.


XOXO - Adakah PRU-14 Nanti DAP akan mengalami nasib malang seperti PRU 2004...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive