Thursday, 5 April 2018
Rafizi Bocor Kajian Invoke... Mahathir Tak Bantu Tsunami Melayu
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli manafikan spekulasi yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya, PPBM, akan mencetuskan tsunami Melayu yang akan memenangkan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pemimpin PKR yang mengetuai badan kaji selidik Invoke Malaysia itu berkata data yang dikumpulkan hasil penyelidikannya tidak menyokong spekulasi itu, dan dia turut membentangkan hasil penyelidikan itu kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PPBM.
“Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah akan berlaku tsunami disebabkan PPBM dan Dr Mahathir, saya katakan tidak, itu tidak akan berlaku.
“Saya beritahu perkara ini setiap hari kepada Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin dan pemimpin parti mereka dan mereka menerimanya.
“Anda boleh bertanya kepada mereka berdua jika data ini yang saya bentangkan dalam mesyuarat kami. Tidak ada ahli PPBM yang terluka disebabkan apa yang saya katakan kerana mereka tahu data ini membantu kami merancang taktik dan strategi terbaik di kerusi terbaik.
“Untuk menang, kami perlu memainkan peranan sendiri dan perlu mengekalkan objektif kami,” katanya pada sebuat program Invoke.
Rafizi menambah pandangannya hanya berdasarkan pada nombor yang dikeluarkan oleh Invoke.
“Ia berdasarkan ramalan saya terhadap nombor yang kami kumpulkan. Nombor-nombor itu jelas dan ia menunjukkan perkara itu tidak akan berlaku. Jika anda tidak mempercayai nombor-nombor itu, ini akan digunakan untuk menakutkan pengundi yang belum menyokong anda.”
Tambahnya, masih ada pengundi bukan Melayu yang tidak selesa untuk menyokong Dr Mahathir, namun katanya ini bukan memperkecilkan pengerusi PPBM itu.
“Sebaliknya, ia menerima peranan yang dimainkan PPBM untuk memenangi undi Melayu. Kita harus mendasarkan ini pada data yang tepat.
“Inilah nombor-nombornya dan ini penting untuk mengenalpasti kekuatan kami. Ingat, kami (PKR) menjadi parti pembangkang dengan hanya 30,000 ahli pada satu ketika dulu pada 1999.
“Pada ketika itu, ketika Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar memberikan ucapan, hampir tidak ada orang yang berhenti dan mendengar tetapi mereka masih memasuki arena (politik).
“Ini kerana pilihan raya tidak pernah dimenangi penyokong parti tetapi oleh sokongan rakyat.”
Kemungkinan tsunami Melayu, seperti tsunami komuniti India pada 2008 yang didorong oleh kemunculan Hindraf pada tahun sebelumnya, diperdebatkan oleh pemimpin kedua-dua belah parti politik.
Ramai pemimpin pembangkang, dan juga bekas pemimpin MIC dan MCA, percaya Dr Mahathir mampu mencetuskan tsunami Melayu yang akan menarik sejumlah besar undi Melayu untuk menyokong pembangkang.
Ramai mengatakan jika ini berlaku, ia mungkin menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menafikan kemungkinan tsunami Melayu sebagai “undi Melayu sekarang terbahagi dan tiada seorang pun akan memperoleh majoriti 2/3”.
Pengerusi Umno Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin pula mendakwa isu itu disensasikan dan Umno mempunyai kekuatan tersendiri untuk berdepan dengan cabaran dari parti pembangkang berasaskan Melayu seperti PPBM dan PAS.
Sementara itu, Maszlee Malik percaya parti yang baru disertainya itu memiliki apa yang diperlukan untuk mencetuskan tsunami Melayu selepas penyelewengan dana 1MDB yang didedahkan penerbitan antarabangsa.
Bagaimanapun, beliau berkata isu yang paling penting adalah penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isu Dr Mahathir meninggalkan Umno.
Terdapat juga beberapa pihak yang percaya PAS, yang ingin menjadi blok ke-3 selain PH dan BN, akan menarik sokongan orang Melayu untuk mencipta tsunami mereka sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2018
(185)
- ► 05/06 - 05/13 (5)
- ► 04/29 - 05/06 (13)
- ► 04/22 - 04/29 (16)
- ► 04/15 - 04/22 (2)
- ► 04/08 - 04/15 (19)
-
▼
04/01 - 04/08
(20)
- Selamat Tinggal Parti AMANAH (PAN) Selamat Tinggal...
- Nak Bodek Mahathir Mat Sabu Bohong Rakyat Dengan F...
- Salahuddin Tak Nak Jadi MB Johor, Jika HARAPAN Men...
- Penggunaan Logo PKR, Parahkan Lagi DAP Melaka
- Kenapa Tak Buat Mesyuarat? Jangan Salahkan Ros Jik...
- Anwar kena Fitnah Liwat.. Solat Hajat, Bersumpah, ...
- Rafizi Bocor Kajian Invoke... Mahathir Tak Bantu T...
- Leman “BENGANG” Kena Cantas oleh AMANAH (PAN) Kedah
- Team Mat Sabu Singkir Dr. Siti Mariah di Kota Raja
- Mahathir, Drp “Mahafiraun” tukar kepada “Mahalawak”
- Usaha LGE nak cantas Tan Seng Giaw menemui jalan b...
- Najib Guna 1.46b Daripada 45b cukai GST untuk beli...
- Dr Mahathir: Tol akan dimansuh secara peringkat
- Hasil Kajian Mahathir hanya boleh menang di Langka...
- Usaha Singkirkan Razif bergerak hebat..
- Zahid & UMNO Dah Meroyan, Janji nak hapus 100% judi
- Berita Malaysiakini Tak Siar: 100 ahli Umno, PKR k...
- Aduan Yusof Rawa Mengenai Tun Dr Mahathir Kepada A...
- Najib Nak Buat Yang Mana Dulu? Pemilihan Parti Sen...
- Anglofilia
- ► 03/25 - 04/01 (8)
- ► 03/18 - 03/25 (19)
- ► 03/11 - 03/18 (10)
- ► 03/04 - 03/11 (4)
- ► 02/25 - 03/04 (5)
- ► 02/18 - 02/25 (7)
- ► 02/11 - 02/18 (3)
- ► 01/28 - 02/04 (5)
- ► 01/21 - 01/28 (15)
- ► 01/14 - 01/21 (15)
- ► 01/07 - 01/14 (19)
-
►
2017
(43)
- ► 12/31 - 01/07 (32)
- ► 12/24 - 12/31 (8)
- ► 08/06 - 08/13 (2)
- ► 07/30 - 08/06 (1)
No comments:
Post a Comment