Tuesday, 3 April 2018

Najib Nak Buat Yang Mana Dulu? Pemilihan Parti Sendiri Atau Pru14???



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera.

MELETOP!!!! Najib yang suka bertangguh akhirnya TERKANTOI dgn strategi memakan diri...!!!

AKIBAT SIBUK NAK SEKAT DAN HARAMKAN PARTI ORANG, PARTI NYA SENDIRI IAITU UMNO RUPA2NYA DAH NAK MATI.

ORANG UMNO TENTU LEBIH FAHAM DAN TAHU PERLEMBAGAAN PARTI KERAMAT MEREKA. YER LAH,  PARTI PPBM MEREKA TAHU TAKKAN PARTI SENDIRI MEREKA TAK TAHU.

UNTUK PERINGATAN, Pemilihan MKT UMNO tidak boleh melebihi 18 April 2018 setelah ditangguhkan selama 18 bulan. Pemilihan TERDAHULU sepatutnya dibuat sebelum 19 Okt 2016 setelah kali terakhir dibuat pada 19 Okt 2013...tetapi pemilihan 2016 telah di tunda. Kegagalan melaksanakan pemilihan pd tahun ini sebelum 18 Feb boleh menyebabkan Umno di HARAM kan. INI ADALAH MENGIKUT PERLEMBAGAAN UMNO!!!

Pengharaman Umno akan menyebabkan Presidennya TIDAK  LAYAK dilantik menjadi Perdana Menteri. - (rujuk pengharaman Umno 1988 yg menyaksikan MCA memangku jawatan PM sehingga Umno Baru sah ditubuhkan).

Strategi menangguhkan pemilihan parti akhirnya MENJADI PERANGKAP MEMAKAN DIRI  dI sebalik ketakutannya membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihanraya umum. ALLAH MAHA KAYA.

SEKARANG UMNO HANYA ADA beberapa hari sahaja lagi untuk menyelesaikan masalah parti keramat (reput) mereka yg mungkin mereka sendiri tidak sedar. Melakukan persidangan pemilihan cawangan yang berjumlah lebih 21 ribu cawangan, pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat bahagian dan pusat, seterusnya pemilihan peringkat bahagian dan MKT yg diadakan serentak.

NAJIB DAN MENTERI2 NYA MUNGKIN TERLUPA ATAU BUAT2 LUPA? AKIBAT SIBUK NAK SEKAT PARTI ORANG, PARTI SENDIRI BAKAL HARAM TIDAK LAMA LAGI. ADAKAH MACAI2 DAN PEMAKAN DEDAK UMNO AKAN MENYALAHKAN PEMBANGKANG KHUSUSNYA PAS, PKR, DAP, PPBM DLL DALAM KEMELUT YG BAKAL UMNO HADAPI INI? MANA NAK BUAT DULU, PRU 14, ATAU PEMILIHAN PARTI SENDIRI.

HARAP2 ROS AKAN BUKA MATA AKAN KES INI. KALAU PERLU HARAMKAN UMNO HARAMKAN SAJA KERANA TERANG2 MEREKA TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN MAKA ROS WAJIB BUAT. Jika ROS boleh bertegas dgn PPBM BERSATU kenapa pula standard yg sama tidak boleh di guna pakai terhadap Umno?

SEDARKAH AHLI2 UMNO BAHAWA Cawangan Umno di tempat2 mereka dan seluruh negara TELAH luput pada 28 Feb 2018?
Struktur sebuah parti politik bermula dari yuran keahlian. Sekiranya ahli tidak membayar yurannya maka keahliannya terluput... Dalam kes Umno oleh kerana yuran tahunan keahliannya telah dimansuhkan maka semua ahli yang masih berada di dalam senarai mempunyai hak ke atas parti.

Struktur kedua adalah cawangan... Kali terakhir cawangan Umno seluruh negara mengadakan mesyuarat agung pemilihannya adalah pada 15 Julai hingga 30 Ogos 2013... Cawangan² wajib mengadakan pemilihan setelah 3 tahun... Pada tahun 2016, MKT Umno telah menangguhkan pemilihan semua peringkat untuk 18 bulan, tempoh maksima yang dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Tempoh 18 bulan bagi peringkat cawangan bakal berakhir pada 28 Febuari 2018 IA TELAH PUN BERLALU.

Pada hari Khamis ini 1 HB MAC 2018, semua cawangan Umno seluruh negara TELAH luput KALAU PUN BUKAN LAGI HARAM.

Tanpa cawangan, parti Umno umpama hantu penanggal yang tidak jejak kaki ke tanah. INI BERMAKSUD BADAN, KAKI DAN TANGAN SUDAH TIDAK ADA, YANG TINGGAL ADA HANYA KEPALA. BEGITU PUN KEPALA JUGA TAK PUNYA HAYAT DAN NYAWA YANG LAMA. IA AKAN  TAMAT APRIL INI..!!!

Mohon ahli² Umno yang masih berpegang kepada asas perjuangan sebenar bangkit menuntut hak mereka. SAMADA ANDA MATI SENDIRI ATAU DI HARAMKAN TERUS APABILA PAKATAN HARAPAN MEMENANGI PRU14.

MAKA MUNGKIN AKAN BENAR KAH kata2 orang tua dahulu tentang TEORI R.A.H.M.A.N?
Kata mereka ini yg sebahagiannya telah lama pergi mengadap Ilahi , tunjang kepada hayat UMNO adalah kepada nama Almarhum Tunku Abd. RAHMAN, Perdana Menteri Malaysia yg pertama. RAHMAN itu sendiri adalah nama dan sifat ALLAH yg bermaksud PENGASIH@MENGASIHI. Umno di tubuhkan atas airmata dan keringat rakyat, lalu ia terbina dari zaman ke zaman menjadi besar, mewah, gah dan berjaya.

Namun lama kelamaan atas nikmat yg Allah kurni akan kpd Umno telah menjadikan pemimpin2 nya lalai dan lupa akan amanah yg telah Allah letakkan di bahu mereka. Kesombongan dan keangkuhan pemimpin mereka menjadi kan Umno itu bukan lg milik rakyat yg di naungi dgn sifat pengasih dan mengasihi.

Kesombongan pemimpin2 mereka menjadi kan mereka lh raja dan rakyat itu hamba. Kalau dulu Umno lah suara rakyat tetapi hari ini Umno adalah suara pemimpin dan ketua mereka dan rakyat mesti mendengar kata. Kata2 dan amanat mereka sahaja lh yg benar dan rakyat ridak boleh mempertikaikannya.

Penyokong2 dan ahli mereka begitu percaya serta taksub dgn amanat pemimpin mereka. Hinggakan kepercayaan terhadap amanat pemimpin melebihi dari kepercayaan amanat Allah dan Rasulnya. Namun mereka tetap tidak sedar kerana menganggap hanya parti dan pemimpin mereka sahajalah yg benar. Mereka mabuk dalam kemewahan.  Sampai di suatu masa pemimpin2 mereka tidak lagi boleh di tegur.

Pemimpin2 mereka menjadi sangat berkuasa yg ada kalanya menyalahi hukum Allah. Agama di permainkan dan menjadi alat utk berkuasa. Maka di saat itulah UMNO sudah hilang sifat pengasih yg mengasihi rakyatnya. Maka benarlah kata mereka 'N' yg terakhir pada nama RAHMAN adalah pemimpin terakhir Umno yg akan mematikan Umno. Teori R.A.H.M.A.N sedang melalui pasa2 terakhir hayatnya dan NAJIB adalah penamatnya. ADAKAH NAJIB DAN MENTERI2NYA MASIH MEMPUNYAI SIFAT MENGASIHI RAKYAT?

ADAKAH ORANG UMNO BELUM SEDAR? Ingatlah, bahawa setiap sesuatu itu adalah datang dari Allah dan Allah berhak untuk mencabutnya pada bila2 masa tanpa kita sedari. Allah telah memberikan amanah kepada pemimpin2 Umno, dan di bawah kepimpinan Najib, hampir keseluruhan pemimpin2 dari bawah, bahagian, negeri hinggalah kpd menteri, mereka2 ini telah sama2 bersubahat mengkhianati amanah yg telah di beri. Mereka khianat dan hanya mementingkan kelompok dan diri sendiri. Nantikanlah pembalasan dari Allah.

Di pihak rakyat, BERSEDIALAH KITA UNTUK MENERIMA PENGGANTINYA. IA BUKAN DARI PPBM BERSATU!!! AKAN MUNCUL SEBUAH PARTI TERAS ISLAM DAN MELAYU YANG AKAN MENERAJUI MALAYSIA

NANTIKANLAH.. JANJI ALLAH ITU BENAR....INSYAALLAH.

TOLONG VIRALKAN RAMAI2 KHUSUSNYA KEPADA ORANG2 UMNO.

#TungguKEBANGKITANNYA.
#UP


XOXO - Najib mewarisi UMNO daripada Tun Mahathir yang sebelum ini sudah busuk dan kini telah berulat...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

1 comment:

  1. semua parti politik juga harap waspada..naga yang sedang sakit akan menghempas batu dan pokok di kelilingnya..

    ReplyDelete

Blog Archive