Wednesday, 4 April 2018

Mahathir, Drp “Mahafiraun” tukar kepada “Mahalawak”


Sejak akhir-akhir ini, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi ceramah-ceramahnya banyak membuat kenyataan tidak munasabah selain banyak berimaginasi berbanding memberikan fakta.

Terbaru, Pengerusi PPBM itu menyatakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah mahu menjual tiga buah pulau kepada negara China namun tidak tahu apakah nama tiga pulau yang bakal dijual itu.

Bimbang terhadap kedudukan mental pemimpin berusia 93 tahun itu, Pengerusi Empirical Malaysia merangkap bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin berkata samaada Dr Mahathir masih sihat dan mampu berfikir seperti sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.

“Hati saya merasa tidak sedap sejak akhir-akhir ini apabila Dr M kerap membuat kenyataan yang tidak lagi berbunyi seperti MAHATHIR. Aspek penilaiannya dan pertimbangan kewajaran Dr M kerap membingungkan.

“Sesekali saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku kepada Dr Mahathir hari ini.

Tambahnya, Dr Mahathir yang selama ini bercakap berdasarkan fakta lebih gemar membuat andaian dan imaginasinya sendiri.

“Maafkan saya, ianya sudah seperti seorang datuk yang cuba menghiburkan cucu-cucunya. Saya bukan memperlehkan beliau tetapi anda nilaikan lah sendiri.

“Beliau juga kerap melakukan “slapstick joke” ketika berucap dengan mengejek dan melakunkan watak-watak tertentu yang membawa kepada gelak ketawa hadirin.”

Justeru, beliau memetik kenyataan yang dilemparkan oleh rakan-rakan Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir sebelum ini “Adakah Mahafiraun kini telah bertukar menjadi Maharajalawak?”

Soalnya, adakah ini watak yang cuba dipertontonkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dan adakah ini legasi yang mahu ditinggalkan sekiranya beliau sudah tiada lagi?



XOXO - Selain mahalawak, rasanya MAHAJAHIL juga sesuai dengan dirinya 93 tahu tapi masih jahil tentang asas-asas Islam...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive