Friday, 6 April 2018

Kenapa Tak Buat Mesyuarat? Jangan Salahkan Ros Jika Perkara Semudah itu tak diselesaikan


Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan perdana menteri ekoran tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

"Untuk menang pilihan raya, dia (Datuk Seri Najib Razak) arahkan supaya parti saya, BERSATU, diisytiharkan sebagai haram.

"Saya tidak lagi dibenarkan untuk mengaitkan diri saya dengan parti yang haram itu,” kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Seperti selalu bekas Dr Mahathir menyerang Najib dengan mendakwa perdana menteri itu tidak berani mengambil tindakan undang-undang ke atasnya walaupun dikenali sebagai "pencuri" di luar ngeara.

Selepas sidang itu bagaimanapun Dr Mahathir enggan menjawab soalan wartawan yang bertanya mengenai nasib BERSATU.

"Malam ni, malam ni," katanya merujuk kepada sidang media BERSATU yang dijadual diadakan kira-kira jam 10 malam nanti.



XOXO - Adakah ini cara dia nak hicjack PKR?...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive