Sunday 22 April 2018

Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang


Kita selalu dengar, PAS jadi King Maker. Persoalan PAS akan tubuh kerajaan dengan siapa sudah dijawab oleh TGHH, iaitu dengan parti yang menerima syarat yang dikemukakan PAS iaitu menerima Islam.

Sebelum ini, ada soalan jika semua tak terima syarat PAS macam mana? TGHH jawab, PAS akan jadi pembangkang, biarlah PH dan BN bergabung, tak terima syarat PAS, PAS terus jadi pembangkang.

Menariknya hari ini, TGHH jawab soalan wartawan di Sarawak, jika semua parti (BN &PH) menerima syarat PAS, PAS nak pilih siapa? TGHH jawab, jika semua terima syarat PAS, kita boleh tubuh kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.

Tuan tuan sekali lagi, bagaimana kita lihat Presiden PAS mengajar kita bagaimana politik yang punya prinsip. Tidak terima ISLAM, PAS rela jadi pembangkang, salah satu terima ISLAM, PAS akan bersama dengannya, jika dua dua terima ISLAM, PAS akan bersama keduanya.

Ini prinsip tuan tuan. Pembangkang atau Kerajaan Campuran atau Kerajaan Perpaduan semuanya tiada apa, asalkan ISLAM diterima dan ditegakkan. Teruskan kempen/dakwah kita. Menangkan parti Islam Se Malaysia PAS.


- Umar Hj Kamaruddin Al Fathani

XOXO - Puak HARAPAN mana ada idea, mereka harap dengan fitnah dan buat persepsi buruk. Mereka juga ingat rakyat sentiasa bodoh...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment