Friday 4 May 2018

Sejak Mahathir Dihati, Dah Pandai Fitnah PAS: Calon PAS Tarik Diri Di Dun Rantau

Fitnah Presiden PKR

PAS mengecam kenyataan Presiden PKR dalam ceramahnya di Indera Mahkota Kuantan Pahang bahawa calon PAS menarik diri daripada pencalonan untuk DUN Rantau untuk memberi laluan kepada calon BN.

Ini adalah kenyataan fitnah dan berniat jahat yang semakin sebati dengan perangai Pakatan Harapan.

PAS dan Gagasan Sejahtera sememangnya tidak meletakkan calon untuk DUN Rantau kerana faktor setempat seperti kebolehan untuk menang dan komposisi pengundi, yang mana menjadikan ianya bukan kerusi yang strategik untuk ditandingi.

Oleh itu PAS berpandangan bahawa kenyataan jahat dan fitnah daripada Presiden PKR itu hanya untuk mengelirukan rakyat dengan niat untuk memburukkan PAS dengan menggunakan budaya politik yang amat tidak bertamadun.

Sebaliknya, PKR seharusnya menjawab dakwaan kerjasama dengan BN di sebalik kelapangan BN memberi layanan istimewa kepada para pimpinan PKR dan keluarganya untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta memberikan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang halangan seperti yang dilapor akhbar The Star.

Presiden PKR juga harus menjawab apakah beliau setuju dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Anwar ketika temuramah bersama The Guardian baru-baru ini. PAS sehingga hari ini mempercayai Anwar difitnah sehingga dipenjarakan.

Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan di mana calon PKR ditolak pencalonannya? Apakah PKR akan menyuruh penyokongnya memberikan kemenangan kepada BN atau PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 Mei 2018




XOXO - 20 tahun diaib, suami dicerca...berkenalan tak sampai 3 bulan dan pandai fitnah orang yang bantu kamu 20 tahun..PKR memang pengkhianat parti PAS...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

1 comment:

  1. PRU 13, DUN N.21 Sg Acheh Pulau Pinang. PAS hilang deposit, dapat undi 690 drpd 13.881 undian.
    PRU 14, DUN N.21 Sg Acheh Pulau Pinang, calon PAS - Nor Zamri Latif.
    jangka boleh menang ke?

    ReplyDelete