Thursday, 3 May 2018

Fitnah itu tidur, Allah melaknat orang yang Membangkitkannya. Dulu Fitnah Audio Nik Abdul, Kini AMANAH terkena balasannya...


Seorang lelaki mendakwa dirinya anggota AMANAH hari ini menuduh salah seorang pemimpin parti itu berkelakuan sumbang tetapi tidak memberikan apa-apa bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Rizal Abu Bakar, yang mendakwa daripada AMANAH Kuala Kedah mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini berjanji untuk mendedahkan "skandal video seks terbaru" yang melibatkan seorang pemimpin parti itu.

Pada majlis itu, beliau menunjukkan tiga gambar tangkap layar perbualan WhatsApp bersaiz kadbod saiz A3, yang kononnya memaparkan perbualan antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Beberapa mesej termasuk imej seorang wanita dengan wajahnya tertutup. Beliau juga memainkan dua rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Dia mendakwa kedua-dua mesej WhatsApp dan klip audio itu menunjukkan pemimpin parti dan wanita tersebut terlibat dalam hubungan sulit.


Dia juga menjelaskan lembaran kadbod A3 ditinggalkan di cermin depan keretanya dalam sampul surat dan dia tidak tahu siapa yang meninggalkannya di sana.

Rizal kemudian mencabar pemimpin parti itu untuk bertindak balas terhadap dakwaannya dalam masa 36 jam atau dia akan mendedahkan "video" sebagai bukti.

"Saya menggesanya untuk memberikan penjelasan, untuk mengatakan sama ada apa yang saya dedahkan itu benar atau tidak.

"Saya berikan tempoh untuk dia memberikan jawapan dalam masa 36 jam ... atau tidak, kita akan bertemu di sini lagi dalam masa 36 jam dan saya akan menunjukkan video," katanya pada sidang media itu.

Pimpinan PAS membuat pesanan kepada ahli-ahlinya seluruh negara untuk tidak membuat sebarang sebaran mengenai perkara ini. Biarlah ALlah menentukan supaya mereka yang terkena fitnah ini memahami betapa dasyatnya fitnah.

Sebab itu Allah melaknat orang yang membangkitkan fitnah.
Fitnah buka cara PAS.
Elak perkara ini, berikan peringatan mereka supaya memilih cara Islam.

XOXO - Fitnah bukan cara untuk meraih undi....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment