Thursday 3 May 2018

Nik Omar Persenda Ayahnya, Kononnya Dia Mimpi Ayahnya Pakai T-Shirt Belakangnya Ada Gambar Mahathir


Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini mempersendakan mimpi presiden PAS yang dikatakan melihat Allahyarham ayahnya, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan tempang.


Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi dewan undangan negeri (DUN) Chempaka itu mengulas mimpi berkenaan dengan bercerita tentang mimpi seseorang yang juga mendakwa berjumpa Allahyarham ayahnya dalam tidur.

Dalam nada berseloroh, Nik Omar berkata kemungkinan sekarang semua sedang dalam musim mimpi.


"Ambo nak jawab ringkas, ada ore hantar (cerita) viral kata ada ore tu kata dia mimpi tok guru juga.

"Dah musim mimpi kan? Musim malaikat turun. InsyaAllah malaikat turun sokmo," katanya memulakan cerita yang mengundang gelak ketawa kira-kira 100 pengundi yang hadir dalam program HARAPAN di Shah Alam.

Menceritakan secara lanjut, Nik Omar berkata, individu berkenaan melihat Nik Aziz sedang berjalan memakai baju T.

"Dalam mimpi tu juga, Nik Omar mempersendakan Ayahnya dengan berkata ada jumpa tok guru, tengok tok guru tu, relax je dia jalan. Pakai baju t-shirt je.

"Cumo yg dia pelik, belakang tu ada gambar Mahathir!" kata Nik Omar sambil ketawa.

Bagaimanapun, Nik Omar dipercayai merujuk Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang sebelum ini menceritakan mimpi Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melihat Nik Aziz hanya mempunyai sebelah kaki.

Mohd Amar mentafsir mimpi berkenaan sebagai petanda bahawa Nik Omar akan menyertai HARAPAN dan bertanding dalam PRU.


XOXO - Mahathir pernah berkata Tok Guru Nik Abdul Aziz menyesatkan umat Islam, tapi anaknya boleh persendakan ayahnya sendiri kononnya ada gambar Mahathir.. Patutlah ibunya marah sangat...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment