Thursday 22 February 2018

PAS Umum M. Radhi Md Din Calon Pokok Sena tiba-tiba Mahfuz Melompat..


Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din, 53 tidak menolak kemungkinan menerima tawaran untuk bertanding pilihan raya umum akan datang.

Bekas pemain bahagian tengah pasukan Kedah itu bagaimanapun berkata beliau akan mendapatkan restu daripada keluarga terlebih dahulu sekiranya dicalonkan PAS Pokok Sena.

"Walaupun sudah jadi ahli PAS sekian lama tetapi tidak terdetik di hati saya untuk menjadi calon pada pilihan raya.

“Bagaimanapun jika dicalonkan, saya akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu bagi mendapat restu ibu bapa supaya tidak menyentuh perasaan kepada mereka yang lain," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menang di kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 walaupun menerima tentangan sengit terutama daripada PAS.

Ia termasuk kemungkinan legenda bola sepak Kedah, Muhamad Radhi Md Din (gambar) sebagai calon PAS di situ.

"Latar belakang masyarakat di situ adalah mereka mahukan peralihan kuasa politik di peringkat pusat dan juga negeri.

"Jadi sudah tentu apabil bercakap tentang peralihan kuasa mereka nampak HARAPAN sebagai pihak yang boleh diberi kepercayaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian semalam berkenaan kemungkinan Radhi ditawarkan menjadi calon PAS di Parlimen Pokok Sena.

Paling akhir dalam kenyataannya dengan nada sayu,"Saya sendiri tidak tahu akan bertanding atau tidak, tetapi akan sokong calon daripada HARAPAN," katanya lagi yang akhirnya keluar PAS Januari lalu.


XOXO - Kesian “berekor” ikut punggung Tun Mahathir dengan harapan jadi calon PPBM Pokok Sena tiba-tiba Pokok Sena dapat kepada Amanah (pan). PAN di anak tiri dapat 3 aje parlimen dikedah, takkan nak bagi kepada mahfuz... sama sendiri pun berebut tak cukup..Kalau Mahfuz merenggek masuk PAN puak PAN akan cantasnya.


Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment