Tuesday, 20 February 2018

Hari Ini Kata PAS Terengganu Tak Tahu Urus Rakyat Pasal tu Kalah... Dulu kata Penipuan SPR, Husam Makin Sasau



Baru-baru ini Husam Musa dalam ceramahnya mencerca Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagaimana nak tadbir Kerajaan Malaysia, urus Terengganu pun tak sampai sepenggal. Katanya Hadi tak tahu urus rakyat Terengganu pasal itu rakyat tolak mereka dan tak mustahil rakyat Kelantan juga tolak PAS dan sokong AMANAH.



Husam sekarang mudah lupa. 18 Julai 2011 dialah yang mengecam SPR kerana manipulasi pengundi Terengganu sehingga Terengganu dapat dikuasai oleh UMNO semula. Sebagai contoh Dr. Syed Azman semasa PRU 1999 mendapat majoriti 14,448 undi tapi bila PRU 2004 kalah 1,933 undi.

Semasa itu Husam Musa mengecam Pengerusi SPR ketika itu kerana menjadi "mastermind" telah membuat konspirasi jahat dengan kerajaan Tun Mahathir Mohamad. Pengerusi SPR ketika itu kalau bukannya Naib Presiden PPBM Tan Sri Rashid Abd Rahman.


Husam Musa, Naib Presiden AMANAH (PAN) yang juga Bendahari HARAPAN kini "cium dan jilat" tangan Naib Presiden BERSATU Tan Sri Rashid Abd Rahman kononnya dia seorang yang hebat. SPR sekarang menipu dulu TIDAK.

Jangan buat xoxo tergelak udahlah...


XOXO - Husam jika nak berbohong berpada-pada jangan sampai orang akan lihat tiada kebaikan pada dirinya. Hilang hormat. Kenapa dulu begitu tertid dan beradab semasa bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz, tapi kini makin sasau dan kurang ajar. 

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment