Tuesday, 23 January 2018

Makin banyak Mahathir bercakap Soal Islam, Makin Nampak Kejahilannya


Saya dipesan, bahkan dilarang oleh kawan dan musuh supaya tidak berkata apa-apa berkenaan agama Islam, agama saya.

Mereka berkata bahawa saya tidak berpelajaran agama dan tidak faham bahasa Arab. Dan saya tidak ternampak sebagai seorang ulama iaitu saya tidak berserban dan berjubah dan tidak pula berkasut selipar.

Saya dinasihat supaya dengar sahajalah ajaran dan syarahan yang disampaikan oleh orang yang layak, iaitu orang agama yang terlatih dan berpelajaran agama walaupun setakat pondok di kampung.

Saya terima baik nasihat mereka. Saya tidak akan bercakap atau bersyarah.

Tetapi saya tidak dilarang bertanya jika ada perkara-perkara yang saya perlu penjelasan dari orang alim dalam agama Islam. Sesungguhnya banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam.

Di antaranya ialah berkenaan haram halal. Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam.

Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?

Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri haram atau tidak? Jika haram bolehkah duit itu dihalalkan dengan menggunakannya untuk ibadah haji atau umrah.

Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji.

Semasa saya masih budak-budak, ada fatwa bahawa mayat tidak boleh dimuat atas kereta bermotor. Di waktu jenazah Tunku Ibrahim, regent Kedah dibawa dari Anak Bukit ke Makam diRaja di Langgar, jenazah dimuat di atas sebuah kereta yang ditarik dengan dua tali oleh beberapa orang. Ini saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Saya diberitahu adalah haram memuat jenazah di atas kereta bermotor. Sebabnya ialah kerana motor adalah buatan orang kafir. Tetapi sekarang kereta jenazah semuanya bermotor. Apakah telah jadi kepada fatwa dahulu?

Teringat saya kepada sebuah amanat yang mendakwa kerajaan Malaysia kafir kerana ia mengamal sistem kafir. Sehingga sekarang pihak yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam tidak menolak amanat ini. Benarkah kerajaan Malaysia ini kafir dan perlu tentangan jihad, dan kematian semasa berjuang adalah syahid.

Ya banyak lagi dari ajaran Islam dan amalannya yang mengeliru saya. Saya akan tanya sedikit-sedikit.

Saya harap saya tidak dinasihat supaya jangan tanya. Saya dengar banyak tazkirah dan syarahan agama oleh “ulama”. Tetapi soal-soal yang saya keliru ini tidak pernah disentuh melainkan oleh orang tertentu yang mempunyai kepentingan lain dari agama Islam.


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


XOXO - Sebelum Mahathir bercakap soal agama yang luas, baik Mahathir memahami soal kewajipan isteri menutup aurat, agar sekurang-kurang Mahathir boleh melegakan hasrat isterinya yang berhasrat menutup aurat apabila pulang daripada Mekah.


Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment