Friday, 26 January 2018

Babi disembelih dengan nama Allah & perempuan botak menutup kepala



Mahathir Mohamad menulis dalam blognya...

Tetapi saya tidak dilarang bertanya jika ada perkara-perkara yang saya perlu penjelasan dari orang alim dalam agama Islam. Sesungguhnya banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam.

Di antaranya ialah berkenaan haram halal. Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam.

Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?

Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri haram atau tidak? Jika haram bolehkah duit itu dihalalkan dengan menggunakannya untuk ibadah haji atau umrah.

Saya juga ada beberapa soalan yang sama seperti Tun Dr Mahathir...

Jika seorang perempuan yang kepalanya sudah botak. Adakah wajib baginya menutup kepala (aurat) atau kewajipan dalam Islam hanya menutup rambut?

Bagaimana perempuan botak itu menggunakan rambut palsunya sebagai tudung untuk menutup kepala?

Akal saya berfikir lagi...
Kalau agama ini sekadar berfikir dengan akal, menyapu khuf sepatutnya ditapak bukan diatas untuk berwuduhuk.


Tapi malangnya ada manusia merasai akal itu lebih daripada segala-galanya maka timbul isu tak cukur janggut kerana zaman dulu kala tak ada gillate. Syaidina Hamzah syahid tak dimandikan kerana tak ada air dipadang pasir.

Kalau kita rasa akal sudah cukup, maka tak perlulah Al Quran menerangkan tentang dosa rasuah kerana orang barat bukan Islam pun memerangi rasuah sedangkan mereka tak tahu pun ada ayat dosa rasuah??



XOXO - Penyakit manusia ialah apabila rasa diri sudah pandai, maka mula dia nak mengajar Allah bagaimana nak membuat peraturan hidup.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment