Friday, 30 March 2018

Akhirnya Husam Akui Belum Cukup Yakin Itu Suara Nik Abduh



Berbulan-bulan kecoh pasal klip suara yang kononnya mirip suara Nik Abduh, akhirnya semalam baru Husam akui yang mereka baru hantar klip itu ke makmal untuk dikaji kesahihannya. Secara tak langsung tindakan beliau itu juga sebagai bukti perakuan yang beliau sendiri belum cukup yakin kepada klip suara yang disebar sebelum ini adalah suara Nik Abduh.


Selama ini beliau menyebarkan tanpa pengesahan mana-mana pakar professional dalam bidang pengecaman suara atau forensic analysis of speech recordings. Sepatutnya beliau pergi hantar ke makmal City University tu dulu untuk Allen Hirson kaji sebelum beliau menyebarkan.

Sebaran beliau sebelum ini jelas berniat jahat, tidak beretika kerana bukan sahaja gagal mendapat pengesahan mana-mana pakar, tapi Husam sendiri tidak yakin untuk membuat laporan kepada Polis atau SPRM mengenai rakaman itu untuk dijadikan bukti.

Sebaran sebelum ini hanya berdasar dendam dan persepsi yang sengaja dibina untuk memburukkan imej Nik Abduh menjelang PRU14 dan juga imej PAS yang difitnah menerima 90 juta dari Umno.
Husam hingga kini juga masih gagal menunjukkan bukti transaksi 90 juta itu wujud. Sekadar menjual rakaman suara dengan menempelkan nama Nik Abduh, siapa-siapa pun boleh.

Kita tunggu Husam dimalukan oleh Allen Hirson pula. Dan selagi Allen belum keluarkan laporannya, Nik Abduh jelas belum boleh dikaitkan dengan klip itu kerana suara itu boleh jadi suara sesiapa sahaja termasuk Husam.

Kita tunggu apa lagi wayang fitnah yang Husam ingin mainkan sementara tunggu laporan itu keluar.


Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
30 Mac 2018
 

XOXO - Husam ni pasal auta semut boleh jadi gajah...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment